FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Sepadu Catat Pelbagai Kesalahan


 


 August 28th, 2023  |  07:57 AM  |   87 views

TEMBURONG

 

Tiga buah syarikat dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan Perlanggaran Peruntukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian Bab 12(1)(a) iaitu kesalahan membuang dan melonggokkan sampah sarap dengan tidak teratur dan bukan di tempat yang dikhaskan.

 

Kadar saman kompaun bagi syarikat-syarikat berkenaan keseluruhannya berjumlah sebanyak BND2,000.

 

Tindakan kompaun tersebut dikeluarkan hasil daripada pemeriksaan semasa Operasi Sepadu yang dilaksanakan oleh Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong bersama Tabung Amanah Pekerja (TAP); Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP); Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi, ke atas tujuh premis sekitar Pekan Bangar, Kampung Menengah dan Kampung Rataie, baru-baru ini.

 

Operasi tersebut menguatkuasakan akta dan peraturan seperti Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30); TAP; Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya; Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151.

 

Syarikat-syarikat tersebut telah diberikan tempoh satu minggu untuk menjelaskan pembayaran kompaun serta diarahkan untuk membersihkan kawasan berkenaan. Jika gagal melaksanakan arahan, kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Rampaian Bab 12(1)(a) iaitu jika sabit kesalahan denda tidak melebihi BND1,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi BND3,000 bagi kesalahan seterusnya dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

 

Sehubungan itu, Jabatan Daerah Temburong ingin mengingatkan orang ramai dan pemilik-pemilik syarikat perniagaan agar tidak mengambil ringan isu kebersihan.

 

Tindakan ini adalah langkah berterusan Jabatan Daerah Temburong agar semua pihak sama-sama mengambil perhatian dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar negara kita.

 

Daripada operasi tersebut, pegawai-pegawai pemeriksa TAP mendapati dari tujuh premis majikan yang diperiksa, terdapat dua pekerja tempatan masih belum didaftarkan. Manakala, majikan yang telah gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa operasi telah pun diarahkan untuk membuat perjumpaan ke pejabat TAP bagi tindakan selanjutnya seperti proses pendaftaran pekerja serta proses pembayaran caruman yang tertunggak, jika ada.

 

TAP dengan ini ingin mengingatkan majikan mengenai tanggungjawab mereka untuk mendaftarkan dan membayar caruman pekerja-pekerja yang layak ke Skim SPK. Pekerja yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang mencukupi syarat adalah wajib didaftarkan dan dicarumkan ke Skim SPK ini termasuklah pekerja sementara, pekerja berkontrak, pekerja bergaji hari, dan pekerja di dalam tempoh percubaan.

 

Di bawah Bab 35 (1), National Retirement Scheme Order, 2023 jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda tidak kurang BND3,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih BND10,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

 

Unit SDT juga mendapati sebanyak lima unit alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perdagangan. Satu Notis Penyitaan telah dikeluarkan ke atas Syarikat Ya Nur Restoran Batu Apoi kerana gagal mematuhi Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Peraturan-Peraturan (Penelitian) Alat-Alat Sukatan dan Timbangan 1994 Ceraian 3 (1) dan (2) iaitu menggunakan alat sukat dan timbang yang tidak berdaftar. Pemilik syarikat dikehendaki untuk hadir ke Pejabat Unit SDT bagi memperbetulkan isu berkenaan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja dari tarikh notis dikeluarkan. Alat tersebut turut disita.

 

Seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan 1994; di bawah seksyen 3(2); setiap orang yang menggunakan atau ada pada miliknya untuk kegunaan perdagangan mana-mana timbangan, sukatan alat-alat untuk menimbang yang tidak dicap sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan ini adalah didapati bersalah.

 

Hukuman denda sebanyak BND1,000 atau penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang yang tersebut itu adalah boleh dirampas dan sebarang kontrak, tawar-menawar, jualan atau urusan dagang yang dibuat dengan timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang sedemikian adalah tidak sah.

 

Sementara itu, pihak JPES juga mengeluarkan dua Notis Amaran dan Kompaun masing-masing berjumlah BND500 kepada tiga buah premis perniagaan bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 iaitu menjual minyak masak dan susu tepung anak damit melebihi harga maksimum yang ditetapkan serta gagal mempamerkan tanda harga bagi sebahagian barangan yang dijual di dalam premis perniagaan.

 

Para peniaga turut diberi peringatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara beretika dan tidak mengelirukan pengguna dengan mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi agensi-agensi berkenaan seperti keterangan berikut: Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan melalui e-mel: '[email protected]' atau talian +673 5221266, +673 5221265 atau +673 7371265; Unit Sukatan dan Timbangan melalui e-mel: '[email protected]' atau talian +673 2334092; Jabatan Hal Ehwal Pengguna melalui Talian Darussalam 123 dan aplikasi mudah alih PenggunaBijak atau e-mel kepada: '[email protected]'; dan; Cawangan TAP yang berdekatan, atau menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian +673 2722929 semasa waktu bekerja.

 

Bagi ahli yang telah berdaftar ke eAmanah, bolehlah mendaftar masuk ke akaun ahli aduan yang boleh dibuat melalui laman sesawang TAP di 'www.tap.com.bn'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47