FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi SAKAT JIPK Kesan Pelbagai Kesalahan


 


 August 28th, 2023  |  08:01 AM  |   79 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Bandar Seri Begawan menjalankan satu operasi yang diberi nama Operasi SAKAT JIPK 113 / 2023 yang menyasarkan sebuah gerai di kawasan Mukim Berakas 'A', baru-baru ini.

 

Sewaktu pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai-pegawai Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, didapati seorang perempuan warga asing telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan Bab 12(1)(C) Akta Pasport-pasport Penggal 146 iaitu menyamar atau mengaku dirinya dengan palsu dengan menggunakan pasport orang lain dan melakukan kesalahan di bawah Bab 36 Akta Imigresen Penggal 17 iaitu masuk ke negara ini setelah diusir.

 

Kesalahan di bawah Akta Pasport-pasport Penggal 146 boleh dikenakan denda tidak lebih daripada BND10,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun di bawah peruntukan Bab12(1) (c) Akta Pasport-pasport Penggal 146 dan kesalahan di bawah Bab 36 Akta Imigresen Penggal 17 iaitu bagi warga asing yang disenaraihitamkan masuk ke negara ini setelah diusir boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun dan denda sebanyak BND6,000 serta seterusnya akan diusir ke negara asal.

 

Selain itu, Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, JIPK, Bandar Seri Begawan telah menjalankan satu operasi yang diberi nama Operasi SAKAT JIPK 112 / 2023 yang menyasarkan di sebuah rumah di kawasan Mukim Berakas 'B' pada 20 Ogos 2023 yang lalu.

 

Dalam operasi tersebut, didapati tiga orang warga asing telah diperiksa, ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, JIPK.

 

Siasatan awal mendapati dua warga asing tersebut iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(3) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport.

 

Manakala seorang perempuan warga asing lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(1) Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah Pas Imigresen mansuh.

 

Kesalahan di bawah Peraturan 15(3) Peraturan Imigresen Penggal 17 boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada BND2,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala bagi kesalahan di bawah peraturan 15(1) Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 boleh dikenakan penjara tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebatan sebanyak tiga kali sebatan.

 

Operasi seterusnya adalah Operasi SAKAT JIPK 111 / 2023 yang berhubung dengan warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja dengan menggunakan Pas Lawatan pada 17 Ogos 2023 yang lalu. Operasi tersebut menyasarkan sebuah kedai di Mukim Gadong.

 

Kesalahan melanggar syarat-syarat Pas Imigresen boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada BND2,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-peraturan Imigresen.

 

Tindakan seterusnya, Pas Kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini. Mana-mana majikan yang mengambil, menggaji pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak BND3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47