FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi SAKAT JIPK : Banteras Pesalah Imigresen


 


 August 28th, 2023  |  08:43 AM  |   77 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) mengingatkan kepada orang ramai bahawa JIPK akan sentiasa menjalankan operasi, menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

 

Bagi mana-mana warganegara asing di negara ini yang melakukan kesalahan, mereka akan diambil tindakan dan jika sabit kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah, dipenjarakan dan diusir ke negara asal dan nama-nama mereka disenaraihitamkan.

 

Tujuan operasi atau pemeriksaan adalah berdasarkan kepada maklumat dan kerjasama daripada orang ramai berpandukan kepada maklumat yang terkumpul, sama ada secara persendirian atau bersama agensi penguat kuasa yang lain.

 

Selain itu, operasi yang dijalankan juga bertujuan untuk menguatkuasakan Akta dan Peraturan Imigresen, Akta dan Peraturan Pasport dan memastikan ia dipatuhi serta dalam usaha mengesan pesalah imigresen.

 

Di samping itu, ia juga bagi menguatkuasakan Perintah Pencegahan Penyeludupan Orang 2019 dan Perintah Anti Pemerdagangan Orang 2019 dan apa juga kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, JIPK, Bandar Seri Begawan menjalankan satu operasi yang diberi nama Operasi SAKAT JIPK 109 / 2023 pada 15 Ogos 2023.

 

Sewaktu pemeriksaan yang dijalankan oleh para pegawai Bahagian Penguatkuasa Undang-undang JIPK di sebuah kedai di Mukim Gadong telah mendapati seorang perempuan warga asing melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja menggunakan Pas Lawatan.

 

Kesalahan melanggar syarat-syarat Pas Imigresen boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada BND2,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-peraturan Imigresen.

 

Tindakan seterusnya, Pas Kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini. Mana-mana majikan yang mengambil, menggaji pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak BND3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.

 

Terdahulu, Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, JIPK, Bandar Seri Begawan juga turut mengadakan Operasi SAKAT JIPK 104 / 2023 pada 8 Ogos 2023 yang lalu.

 

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan telah mendapati seorang lelaki warga asing telah melakukan aktiviti berjaja dan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(3) Peraturan-peraturan Imigresen iaitu tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport.

 

Kesalahan melanggar syarat-syarat Pas Imigresen boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada BND2,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-peraturan Imigresen.

 

Tindakan seterusnya, Pas Kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini. Mana-mana majikan yang mengambil, menggaji pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak BND3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47