Home > Bahasa Melayu
Lawatan Eratkan Silaturahim
August 28th, 2023 | 08:45 AM | 75 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 15 mantan guru dari Kent Tuaran Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia mengadakan lawatan ke Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Daerah Brunei dan Muara, hari ini.
Lawatan tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Haji Awang Ismail bin Haji Osali.
Seterusnya, penyampaian ucapan alu-aluan daripada Pengurus PKWE, Awang Haji Yussof bin Mohd. Salleh, diikuti dengan ucapan balas daripada ketua rombongan.
Lawatan tersebut juga diserikan dengan persembahan daripada juara solo lelaki Bintang Keputeraan PKWE, Daerah Brunei dan Muara iaitu Awang Haji Yakub bin Haji Hitam dan persembahan solo wanita iaitu Dayang Hajah Norhani binti Haji Md. Arsad.
Turut memeriahkan lagi ialah persembahan daripada mantan Guru-guru Kent Tuaran Kota Kinabalu dan Persembahan Bermukun semasa lawatan tersebut.
Sebelum mengakhiri lawatan, Majlis Penyampaian Cenderahati iaitu berupa plak kenang-kenangan turut diadakan bagi menghargai sesi lawatan berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]