FacebookInstagramTwitterContact

 

MbappĂ© 'Confident' PSG Can Reach Champions League Final           >>           Slovakia Hit By Wave Of Bomb Threats           >>           Joe Biden Warns Of 'Ferocious Surge' Of Antisemitism In US           >>           John Steenhuisen: The Man Vowing To 'Rescue' South Africa With The DA           >>           Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Komited Banteras Pemerdagangan Manusia


 


 August 29th, 2023  |  09:57 AM  |   83 views

GADONG

 

Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam (NBD) pagi tadi menganjurkan Seminar Membanteras Pemerdagangan Manusia dan Buruh Paksa bertempat di Mes Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei, di sini.

 

Seminar yang ditaja itu dikendalikan oleh Homeland Security Investigation (HSI) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS).

 

Seramai enam pegawai dari bahagian Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri AS dijemput bagi membentangkan dan membincangkan pelbagai topik merangkumi penyiasatan kes pemerdagangan manusia, asas bantuan mangsa dan pengajaran yang diperoleh daripada kajian kes.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke NBD, Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland, dan hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin.

 

Terdahulu Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke NBD, dalam ucapannya menekankan pemerdagangan manusia adalah masalah bersama yang menjejaskan seluruh dunia, di mana setiap tahun, berjuta-juta orang dieksploitasi di dalam dan merentasi sempadan.

 

Pemerdagangan manusia tegasnya mengeksploitasi mangsanya dari semua peringkat umur dan asal usul demi keuntungan semata-mata yang boleh menjejaskan kedaulatan undang-undang dan ekonomi, serta tidak menghiraukan kesejahteraan individu dan masyarakat.

 

“Selagi pemerdagangan terus wujud, ia akan terus menghalang perlindungan hak asasi manusia dan mengancam keselamatan dan kekuatan negara kita, dan sebab itulah kerajaan AS dan rakan kongsi antarabangsa kami komited untuk membasmi pemerdagangan manusia baik di tanah air sendiri mahupun di luar negara," ujarnya.

 

Puan Yang Terutama juga menjelaskan isu pemerdagangan manusia kerap dibangkitkan dalam perbualan bersama dengan kerajaan asing, serta melalui laporan tahunan Jabatan Negara mengenai Pemerdagangan Manusia (TIP).

 

“Pada Mei lalu, kami telah mengendalikan beberapa siri bengkel TIP dengan jayanya dengan menjemput Sasha Larkin, Penolong Syerif dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas ke NBD dan kami berharap dapat membawa lebih ramai penceramah seperti ini ke Brunei pada masa akan datang," terangnya.

 

Tambahnya, adalah memberangsangkan untuk melihat Brunei bertambah baik daripada Tahap 3 kepada Senarai Pemerhati Tahap 2 dalam Senarai Pemerhatian TIP Jabatan Negara tahun ini.

 

Sejajar dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, pada Mesyuarat Tahunan Menteri-menteri ASEAN mengenai Jenayah Transnasional Ke-17 baru-baru ini, Brunei akan terus memperkukuh inisiatif untuk memerangi pemerdagangan manusia dengan tumpuan kepada konteks tempatan dan dengan sokongan rakan sejawat ASEAN.

 

PYT juga berbesar hati mengalu-alukan rakan sekerja dari Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI) untuk mengetuai Seminar Membanteras Pemerdagangan Manusia dan Buruh Paksa minggu ini.

 

Melalui perbincangan panel dan kajian kes nanti terangnya, mereka juga akan membincangkan cara membina kapasiti penguatkuasaan undang-undang dan memudahkan komunikasi dengan lebih lancar antara agensi semasa penyiasatan.

 

Walau bagaimanapun trauma pemerdagangan tidak berakhir dengan penangkapan, beliau mengingatkan bahawa ia adalah beban yang dipikul secara berterusan oleh mangsa yang terselamat.

 

Justeru itulah HSI juga akan mengetuai perbincangan tentang cara terbaik untuk membantu mangsa dan mengambil pendekatan berpusatkan mangsa untuk temu bual dan penyiasatan.

 

“Dengan bekerjasama dengan mangsa, kami boleh mewujudkan polisi dan strategi anti-pemerdagangan yang lebih baik berdasarkan maklumat trauma," jelasnya lagi.

 

Kesimpulannya tegas PYT lagi, pemerdagangan manusia adalah jenayah yang merampas maruah, kebebasan dan hak asasi berjuta-juta orang manusia, dan ia memerlukan komitmen daripada kita semua untuk menamatkannya.

 

Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 30 Ogos 2023 itu dihadiri oleh kalangan pegawai penguatkuasa undang-undang dari pelbagai agensi di negara ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56