FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teroka Peluang Kerjasama, Perkukuh Kapasiti Kesihatan Rantau ASEAN


 


 August 29th, 2023  |  10:00 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN Ke-10 dan Gabenor Bank Pusat (AFMGM) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang dihoskan oleh Indonesia telah berlangsung baru-baru ini.

 

Hadir ke mesyuarat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Turut hadir ialah Pengarah Urusan, Brunei Darussalam Central Bank, Dayang Hajah Rokiah binti Haji Badar.

 

Siri Mesyuarat Menteri-menteri dimulakan dengan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dan Kesihatan ASEAN (AFHMM) yang membincangkan kemungkinan bidang kerjasama antara pihak berkuasa kewangan dan kesihatan ASEAN, untuk mengukuhkan kapasiti kesihatan rantau ini.

 

Hadir sama secara maya ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menyampaikan campur tangan bersama (Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Kesihatan) semasa AFHMM menekankan, bahawa perpaduan dan ekuiti adalah asas utama untuk keupayaan pencegahan wabak secara global, kesiapsiagaan dan kapasiti tindak balas yang berkesan terutamanya, untuk peluang yang sama rata untuk berjaya akses kepada bekalan perubatan yang penting dan tindakan balas.

 

Yang Berhormat juga menyentuh tentang kepentingan mengukuhkan rantaian bekalan perubatan global dan untuk sistem kesihatan amaran awal global yang diselaraskan.

 

Sebagai sebahagian daripada program AFMGM, Yang Berhormat turut menghadiri Dialog Peringkat Tinggi (HLD) mengenai Menggalakkan Pembangunan Infrastruktur Mampan sebagai salah seorang ahli panel yang dihormati.

 

HLD membincangkan perspektif mengenai jurang pelaburan infrastruktur, dan peluang di ASEAN terutamanya pemboleh utama untuk memupuk keperluan pembiayaan infrastruktur dan penyertaan sektor swasta dalam agenda infrastruktur ASEAN.

 

Semasa sesi plenari AFMGM, Menteri-menteri dan Gabenor-gabenor ASEAN membincangkan pandangan global dan serantau serta kemajuan kerjasama serantau ASEAN di bawah Pengerusi ASEAN Indonesia yang bertemakan 'ASEAN Matters : Epicentrum of Growth'.

 

Kenyataan Bersama (Joint Statement) mengenai AFHMM yang diterima pakai oleh Menteri Kewangan dan Kesihatan ASEAN; dan AFMGM Ke-10 yang diterima pakai oleh Menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat, boleh dimuat turun melalui laman web Sekretariat ASEAN.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30