Home > Bahasa Melayu
Serlahkan Bakat Dalam Peraduan Menulis Rencana Umum
August 30th, 2023 | 11:30 AM | 99 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan sukacita mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Peraduan Menulis Rencana Umum Jurnal Beriga 2023 - 2024.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada Sabtu, 17 Jamadilakhir 1445 bersamaan 30 Disember 2023, jam 4.00 petang.
Borang penyertaan peraduan boleh didapati dalam Jurnal Beriga, Bil.130 keluaran Januari - Jun 2023 dan Bil.131 keluaran Julai - Disember 2023.
Sila layari pautan 'https://cdn.me-qr.com/pdf/13858946.pdf' atau imbas Kod QR untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urus Setia Peraduan menerusi talian +673 2382511 sambungan 148 dan 221.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]