FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BKISHHB Terima Lawatan Rombongan Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan, Sabah


 


 August 30th, 2023  |  11:39 AM  |   173 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 54 ahli rehlah Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan dari Sabah membuat kunjungan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) sebagai aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut.

 

 Kedatangan rombongan diketuai oleh Dayang Hajah Surayah binti Haji Puterah selaku pengiring rombongan lawatan dan disambut oleh Pegawai Pemeliharaan, Bahagian Pameran dan Pengurusan Koleksi BKISHHB, Dayang Afiqah binti Jeferdin.

 

 Rombongan berkenaan berada di Brunei Darussalam selama tiga hari dan telah memilih BKISHHB sebagai destinasi kunjungan mereka.

 

 Sepanjang lawatan berkenaan, rombongan rehlah Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan berpeluang untuk memahami sejarah ketamadunan dan kegemilangan Islam sebagai maklumat tambahan yang diperolehi.

 

 Lawatan tersebut juga memberi kesempatan kepada mereka untuk menyaksikan peninggalan bahan-bahan artifak sejarah Islam yang terdapat di setiap galeri.

 

 Menurut salah seorang peserta rombongan, Jaidah binti Awang Kinit, kunjungan ke BKISHHB memberikan pengalaman dan ilmu yang baru kerana pertama kali menyaksikan koleksi-koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta artifak sejarah Islam yang memberi kesan dan makna kepada mereka.

 

 Manakala Rohainah binti Tahir merasa kagum kerana Negara Brunei Darussalam memiliki Khazanah yang menyimpan artifak-artifak Islam yang unik dari pelbagai rantau Asia.Di antara bahan yang menarik dipamerkan di BKISHHB ialah fosil kayu berasal dari Jordan yang berusia 47 juta tahun. Fosil kayu yang berukuran 62 kaki panjang x 38 inci lebar dan seberat 48 tan tersebut, merupakan fosil kayu cemra ('cypress').

 

 Pokok Cypress memiliki kepentingan dengan Sejarah Islam kerana ia merupakan spesies kayu yang sama digunakan dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh Alaihissalam.

 

Menurut kajian, pokok Cypress ini juga memiliki manfaat kesihatan seperti merawat sistem imuniti, melancarkan perjalanan darah dan sebagainya.

 

 Fosil kayu secara amnya mengambil masa 15-300 juta tahun untuk terbentuk melalui proses 'premineralisation' (proses 'premineralisation' memerlukan aliran air yang mengandungi 8 mineral seperti 'silica' dan 'quartz' yang akan meresap ke dalam kayu dan akan mengeras dan mengekalkan bentuk serta struktur pokok.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30