Home > Bahasa Melayu
Bantu Kesan Seorang Lelaki Yang Dikehendaki
August 30th, 2023 | 12:03 PM | 110 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warganegara tempatan yang dikehendaki berikutan satu laporan yang dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, hari ini, lelaki yang dikehendaki itu ialah Norul Azim bin Haji Sulaiman, dengan Kad Pengenalan 00-312769 (Kuning).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian +673 2459500 sambungan 490 / 333 atau Talian Kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]