FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengalaman Berharga Menjadi Tetamu Allah


 


 August 30th, 2023  |  12:12 PM  |   103 views

Makkah Al-Mukarramah - Al-Madīnah Al-Munawwarah

 

Semakin ramai ibu bapa membawa anak-anak untuk menunaikan umrah dan sebahagian besarnya adalah untuk merebut peluang ketika cuti sekolah pertengahan tahun ataupun hujung tahun.

 

 Walaupun harga pakej agak tinggi pada musim cuti sekolah, tetapi itu bukanlah halangan apatah lagi duit tabungan sudah mencukupi dan memungkinkan pasangan membawa anak-anak yang masih di bangku sekolah untuk bersama-sama beribadat.

 

 Bertuahnya bila ada yang berpeluang dan bakal menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah terutama sekali bersama keluarga tersayang.

 

 Bagi mereka yang menunaikan umrah buat pertama kali, mereka sudah pasti akan merasa bercampur baur seperti terpegun dan terharu semasa menyaksikan Kaabah di depan mata sendiri, malah, tidak tergambar dengan kata-kata apabila melihat arah kiblat orang Islam semasa mengerjakan sembahyang selama ini.

 

 Selain itu, pengalaman mengerjakan Tawaf dan Saie juga akan menjadi sebahagian kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana melakukan semua itu memerlukan persediaan yang cukup dari segi fizikal dan mental.

 

 Pelbagai cabaran terus dihadapi terutamanya untuk menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram kerana jika hendak bersolat jemaah, kita perlu datang ke masjid satu jam lebih awal untuk mendapat tempat di dalam masjid kerana jika lewat, sudah tentu tidak dibenarkan lagi masuk ke dalam masjid dan hanya bersolat di sekitar dataran masjid.

 

Selain meningkatkan ibadah, rombongan jemaah juga berpeluang melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Bukit Thur, Arafah - Jabal al-Rahmah, Mina, Bukit Nur, Masjid Sayyidatina 'Aishah - Tanaim dan Muzium Wahyu.

 

 Di musim cuti persekolahan ini, Awang Md Amsyar Rayyan bin Md Sujian, 12 tahun, berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah bersama kedua ibu bapa buat pertama kali.

 

 Semasa ditemu bual, beliau melahirkan rasa syukur kerana telah menjadi tetamu Allah Subhanahu Wata'ala dan pergi ke tanah suci bersama ibu bapanya.

 

 “Rasa gembira dan ingin tahu memang ada kerana selama ini saya hanya melihat Kaabah dari kaca TV sahaja selain ada mempelajarinya di sekolah ugama.

 

 “Setelah selesai mengerjakan ibadah umrah, kami telah meneruskan perjalanan ke tanah haram Madinah, sebuah kota yang menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah yang membawa kita menyusuri perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam demi menegakkan agama Allah Subhanahu Wata'ala," ujarnya.

 

 Sudah tentu menurutnya, beliau pertama sekali mengunjungi Masjid Nabawi, seterusnya menziarahi Makam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan masuk ke Raudhah.

 

 Selain itu, Awang Md Amsyar Rayyan juga berpeluang melawat beberapa tempat bersejarah bersama rombongan jemaah lain seperti Masjid Quba', Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan Kebun Kurma.

 

 Tambahnya, pengalaman cuti sekolah kali ini adalah pengalaman yang paling manis sekali untuk dirinya dan sudah pasti akan dikongsikan bersama kawan-kawan di sekolah nanti

 

Sudah tentu, mereka berharap untuk mengunjungi kota suci Mekah dan Madinah pada masa akan datang kerana pengalaman yang diperoleh itu tidak akan sama seperti melancong keluar negeri seperti yang lazimnya dilakukan.

 

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30