FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cipta Kenangan, Keseronokan Semasa Cuti Sekolah


 


 August 30th, 2023  |  12:31 PM  |   100 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bercuti keluar negara bukanlah satu kewajipan atau keperluan yang mesti dilakukan setiap kali menjelangnya musim cuti persekolahan, ibu bapa perlu kreatif dan seimbang dalam menyajikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat buat anak-anak semasa cuti persekolahan tersebut.

 

Ibu bapa perlu bijak mengambil peluang yang ada untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak pada waktu musim cuti persekolahan ini dengan membawa mereka mengunjungi tempat-tempat menarik, atau tempat-tempat yang belum pernah dilawati, bersenam dan beriadah bersama-sama, mengadakan permainan 'board games', aktiviti melukis dan mewarna, 'career day', aktiviti DIY atau membeli belah bersama-sama.

 

Rancanglah aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak antaranya membawa mereka mengunjungi muzium-muzium atau tempat-tempat bersejarah dan belajar bersama-sama serta memanfaatkan dan berkongsi ilmu bersama anak-anak dengan menerangkan serba sedikit latar belakang sejarah sesuatu tempat atau tokoh, sejarah raja-raja dan sebagainya, yang mana secara tidak langsung akan menimbulkan minat anak-anak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai subjek sejarah.

 

Antara aktiviti yang digemari pula ialah berkelah dan sebagai ibu bapa, tidak salah untuk sekali sekala membawa anak-anak keluar beriadah seperti berkelah di pantai, bermain bola, membina rumah pasir, mandi manda, memasak salaian (BBQ) yang mana anak-anak mungkin rasa akan lebih tenang, gembira dan dapat mengurangkan serba sedikit tekanan belajar mereka dengan mendapatkan ketenangan diri dan rehat yang cukup.

 

Jika anak-anak yang bersifat aktif pula, ibu bapa boleh sahaja membawa anak-anak untuk mengunjungi taman permainan seperti Jerudong Park Playground dan menyertai mereka untuk mencuba beberapa permainan menarik dan mencabar seperti Pirate Ship, Plunge Lagoon, Bumper Car, Jumper, Giant Swing, Ferris Wheel, atau berhibur di Waterpark, yang mana hiburan sebegini akan dapat memantapkan lagi keyakinan diri anak-anak untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mereka.

 

Aktiviti hiburan ini juga tidak terhad kepada sesuatu tempat sahaja, Taman Batang Duri Taman Mini Zoo Temburong juga antara tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai semasa musim cuti persekolahan.

 

Anak-anak akan berpeluang untuk meneroka dan menikmati pengalaman mereka mengunjungi mini zoo yang mempamerkan pelbagai spesis hidupan liar yang ada sesetengahnya sudah terancam kehidupannya seperti pelbagai jenis burung helang, landak, orang utan, buaya, rusa, labi-labi, ayam hutan, binturung (bear cat), burung punai, burung hantu, likap (hornbill), tapir dan banyak lagi.

 

Selain itu kita juga boleh mencabar minda kita dan anak-anak dengan mengunjungi perpustakaan, membaca sambil bertukar pendapat dan berkongsi cerita, saling bertukar informasi dan menggalakkan anak-anak untuk membaca walaupun hanya dalam masa 15 minit setiap hari.

 

Ini juga akan dapat membantu anak-anak kecil kita untuk memantapkan tahap bacaan mereka, dan jika perlu belilah buku bacaan dan jadikan amalan rutin untuk membaca beberapa minit pada masa-masa lapang atau sebelum tidur, tidak kiralah ia berbentuk ilmiah, islamik, komik, dongeng, fantasi dan sebagainya.

Walau bagaimanapun ada juga sesetengah ibu bapa lebih cenderung untuk berada di rumah, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bersikap kreatif. Ibu bapa boleh sahaja menyediakan aktiviti lain seperti memasak, membuat kek, membuat biskut atau apa-apa saja aktiviti yang boleh mengasah dan menyerlahkan lagi bakat terpendam anak-anak seperti kraf tangan, menjahit, sulaman dan sebagainya.

 

Jika inginkan sebarang kelainan pula, ibu bapa boleh merancang bersama anak-anak untuk membina kubu di dalam rumah dengan menggunakan bahan kitar semula seperti kotak-kotak, kain cadar, kusyen, meja makan dan sebagainya. Ini kerana kemahiran-kemahiran begini adalah penting untuk memperkasa kemahiran pemikiran kreatif mereka selain menambah kecerdasan minda anak-anak dan memberikan mereka kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dengan baik.

 

Ada juga di waktu cuti persekolahan ini sesetengah anak-anak mengambil peluang yang ada untuk membantu ibu bapa mereka mengurus rumah seperti membersihkan stor, mencuci lantai, memasak, membersihkan rumah, mencuci kereta, menjaga adik-adik yang lebih kecil dan sebagainya.

 

Justeru ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa melahirkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anak-anak kerana telah membantu kita meringankan kerja-kerja rumah, memuji sikap baik mereka, tahap kreativiti, memuji sifat sabar mereka yang sekali gus boleh meningkatkan lagi keyakinan diri anak-anak untuk lebih rasa bertanggungjawab dan menimbulkan rasa kasih dan sayang kepada keluarga.

 

Dan yang paling penting kita sebagai ibu bapa tidak lupa untuk sering mendoakan anak-anak dengan doa-doa kebaikan memohon kepada Allah untuk diberikan ketenangan dan kebahagiaan hidup, diperluaskan rezeki, dipermudahkan urusan dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

 

 

 

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30