Home > Bahasa Melayu
Padah Rakam Gambar Wanita Di Dalam Tandas
August 30th, 2023 | 12:34 PM | 121 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Gara-gara mengambil gambar wanita di dalam tandas, seorang lelaki warga tempatan dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Syaffina binti Shahif menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Nurhafiz bin Haji Bogaibah, 24 tahun, seorang penghantar barang di sebuah syarikat swasta di Kampung Masin, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan dan diperintah menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap.
Defendan didakwa mengambil gambar wanita di dalam tandas di tempat kerjanya di antara 10 Julai hingga 10 Ogos tahun ini, di mana dia telah merakam beberapa gambar rakan sekerja wanita di dalam tandas secara bersembunyi.
Tindakan defendan telah didedahkan pada 19 Ogos 2023 atas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan berikutan aduan yang dibuat oleh pekerja wanita yang sering melihat defendan memasuki tandas wanita di tempat kerja.
Mengikut fakta kes, empat rakan sekerja wanita berjaya mengenal pasti diri mereka melalui gambar yang ditemui dalam telefon bimbit defendan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]