FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kejohanan Taekwondo Piala Duta Korea Buka Tirai


 


 September 2nd, 2023  |  10:07 AM  |   4328 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 305 peserta terdiri daripada sembilan pasukan kelab-kelab tempatan dan negara jiran menyertai Kejohanan Taekwondo Brunei Darussalam Piala Duta Korea Kali Ke-3 bagi Tahun 2023.

 

 Kejohanan anjuran Persatuan Taekwondo Brunei Darussalam dengan kerjasama Kedutaan Republik Korea itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 3 September 2023 bertempat di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan kejohanan tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun.

 

 Turut hadir, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Penaung Persatuan Taekwondo Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Presiden Persatuan Taekwondo Brunei Darussalam, Awang Haji Tajuddin bin Haji Mohd Salleh.

 

Antara acara-acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah Hanmadang dalam acara Speed Turning Kicks; 360 Speed Turning Kicks; High Jump Kicks; Long Jump Kicks; Fist Breaking dan Hand Knife Breaking; Poomsae dalam acara individu, beregu dan berpasukan, Kyorugi, Taerobic dan Demonstrasi.

 

Majlis perasmian turut diisikan dengan sesi suai kenal bersama peserta-peserta kejohanan diikuti sesi bergambar ramai dan kemudian acara Demonstrasi Taekwondo.

 

 Kejohanan tersebut juga dianjurkan sempena Festival Kebudayaan Korea (Korean Culture Festival) anjuran Kedutaan Republik Korea yang bermula hari ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48