FacebookInstagramTwitterContact

 

You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Koleksi Mushaf Menjadi Tumpuan Pelawat


 


 September 3rd, 2023  |  15:16 PM  |   308 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Koleksi mushaf yang terdapat di Galeri Pameran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menjadikan tarikan utama bagi rombongan Kumpulan Kembara Husna dan Kuliah Dhuha.

 

Rombongan seramai 31 orang dari Johor Malaysia yang diketuai oleh Shahrul Rizal bin Mohd. Sati tersebut telah berada di Negara Brunei Darussalam selama tiga hari.

 

NurHayati binti Harun yang datang bersama rombongan berpendapat bahawa mushaf-mushaf yang dipamerkan semuanya sangat bagus dan berinformatif dan orang ramai harus merebut peluang untuk melihat koleksi-koleksi mushaf di BKISHHB.

 

Beliau juga tertarik dengan Mushaf Brunei Darussalam yang dipamerkan iaitu mushaf berwarna hitam, biru dan hijau yang hanya terdapat di negara ini.

 

Penulisan Mushaf Brunei Darussalam bermula pada 8 Ramadan 1408H bersamaan 25 April 1988M dengan kerjasama Kerajaan Republik Arab Mesir dan telah selesai ditulis dan disemak pada tanggal 29 Rabiulakhir 1410H bersamaan 28 November 1989M.

 

Manakala bagi Mohd. Ashraf bin Mat Hairi yang mempunyai pengalaman mempelajari dan mengkaji mushaf, beliau berpuas hati kerana mendapat ilmu baharu mengenai mushaf-mushaf yang bermacam jenis di samping penerangan yang sangat jelas dan banyak membantu.

 

​Terdapat pelbagai jenis mushaf khususnya dipamerkan di Galeri Pameran BKISHHB berasal daripada pelbagai negara, antaranya Negara Arab Saudi, Indonesia, Malaysia, Rusia, Sepanyol, Pakistan, India dan lain-lain lagi.

 

Antara mushaf-mushaf menarik yang terdapat di Galeri Pameran BKISHHB ialah mushaf salinan milik Ahmed Syamsuddin Karahisari, Quranic Stone iaitu mushaf salinan secara pahatan yang ditulis atas kepingan batu, Mushaf 1000 Tahun, Koleksi Mushaf Miniatur yang ditulis tangan, Mushaf Alifi Quran, Mushaf Berjilid, Mushaf Tahajud, Al Huroof al-Muqattaah, Mushaf al-Wathiq Billah dan banyak lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07