FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tarik Belia Dalami Bidang Masakan


 


 September 3rd, 2023  |  15:25 PM  |   344 views

TUTONG

 

Belia masa kini seharusnya diberi penekanan kepada perubahan minda ke arah pembentukan sikap yang berkualiti, bertanggungjawab, kreatif, berdisiplin, mahu berusaha dan aktif lagi produktif.

 

Bagi melengkapkan golongan belia ini dengan pembentukan sikap tersebut, pelbagai program telah diadakan sebagai langkah untuk mengangkat golongan belia. Antaranya ialah latihan kemahiran, bengkel-bengkel keusahawanan, program-program kepimpinan dan sebagainya.

 

Salah satu aktiviti yang mampu memenuhi kehendak itu Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia telah menganjurkan Bengkel Masakan Belia Ke-3 di mana bengkel ini telah diadakan sejak tahun 2020.

 

Bengkel tersebut dibukakan kepada belia-belia yang berumur antara 15 hingga 35 tahun (lelaki dan perempuan) yang tidak bersekolah dan benar-benar minat dalam bidang masakan.

 

Seramai 32 peserta menyertai bengkel yang diadakan di Pejabat Bahagian Belia, Cawangan Tutong, di sini, selama empat hari bermula 29 hingga 31 Ogos dan 2 September 2023.

 

Bengkel ini diwujudkan untuk menarik lebih ramai lagi golongan belia yang berkecenderungan dalam bidang masakan dan membuat kuih-muih. Bidang memasak ini banyak dipelopori oleh belia perempuan dan sebahagiannya belia lelaki, namun ia tidak mengira jantina asalkan mereka benar-benar meminati bidang tersebut.

Bidang memasak ini mampu membawa belia ke arah kejayaan, jika belia itu mahu berusaha dengan lebih gigih, tidak malu dan tidak takut mencuba sesuatu yang baharu dengan mempraktikkan setiap apa yang mereka pelajari dan terus diusahakan dengan lebih kreatif hingga mendorong belia ke alam perniagaan.

 

Sejajar dengan kehendak pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga matlamat serta kehendak JBS mengharapkan belia agar sentiasa maju dan berkemahiran serta kreatif dalam segala hal termasuk kreatif mempelbagaikan produk untuk menjana ekonomi sendiri yang mungkin sendikit sebanyak membantu mempelbagaikan ekonomi negara.

 

Antara lain tujuan bengkel tersebut diadakan ialah untuk memberi dorongan dan membantu memberi kemahiran kepada belia tentang membuat kuih-muih moden dan tradisional, di samping bagi membantu memberi keyakinan kepada belia agar mereka mampu menghasilkan idea-idea baharu dalam menyediakan aneka jenis kuih-muih hingga membawa mereka mengecapi kejayaan pada masa-masa akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07