FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


5P Youth Camp : Peluang Belia ASEAN Bertemu, Berbincang


 


 September 4th, 2023  |  15:16 PM  |   256 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS) telah menyelaras penyertaan seorang pelajar dan seorang Pegawai Pendidikan ke 5P Youth Camp yang akan diadakan di Kampung Genggalang, Lombok Utara, Indonesia dari 3 hingga 6 September 2023 diikuti dengan 5P Forum yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia pada 7 September 2023.

 

Mewakili Negara Brunei Darussalam (NBD) ke 5P Youth Camp dan 5P Forum ialah pelajar Pra-U2 dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS), Awangku Izat Ryan bin Pengiran Haji Ahmad Sufri yang diiringi oleh Pegawai Pendidikan dari sekolah yang sama, Awang Haji Mohammad Zulfaisal bin Haji Omar Ali.

 

Kem dan forum tersebut adalah anjuran ASEAN Youth Organization (AYO) dengan kerjasama Youth Environment and Climate Change Organization (ECCO) Foundation.

 

Awangku Izat Ryan ketika ditemui berkata beliau berharap melalui forum tersebut akan dapat bertukar-tukar pandangan bersama peserta-peserta yang lainnya.

 

Kem yang berlangsung selama empat hari tersebut akan menyediakan landasan bagi peserta daripada pelbagai negara ASEAN untuk terlibat dalam perbincangan dengan menyuarakan pendapat mereka dan belajar di antara satu sama lain yang berfokuskan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDGs).

 

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada belia ASEAN untuk bertemu dan berbincang mengenai lima tunjang iaitu manusia, planet, kemakmuran, perkongsian dan keamanan.

 

Selain itu, dengan perjumpaan belia daripada pelbagai negara, ia akan dapat memberi pengalaman berinteraksi dengan orang-orang dari luar negara bagi membolehkan mereka memahami kepelbagaian budaya melalui program pertukaran budaya.

 

Perisian program tersebut telah disusun dan direka dengan teliti yang berkisar pada prinsip 5P dan diaplikasikan ke Kampung Genggalang.

 

Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk bengkel, perbincangan, sesi interaktif, lawatan dan projek amali yang merangkumi dan menjadi contoh rangka kerja 5P.

 

Para peserta bukan sahaja dibekalkan dengan kefahaman teori tentang prinsip tetapi juga diberi peluang untuk mempraktikkannya sekali gus menyumbang kepada penglibatan mereka dalam masyarakat.

Melalui pertukaran ilmu serta buah fikiran, pengalaman dan perspektif, para peserta boleh meluaskan pandangan mereka, memperoleh pengetahuan baharu selain berpotensi untuk memulakan usaha kolaboratif yang melangkaui program tersebut.

 

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pemangku Penolong Pengarah, JSS, Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas. Turut hadir, Ketua Kluster 3, JSS serta Pemangku Pengetua dan guru-guru MSPSBS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07