FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jumlah Perdagangan Mei 2023 Catat Penurunan


 


 September 5th, 2023  |  12:01 PM  |   136 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumlah perdagangan pada Mei 2023 mencatatkan sebanyak BND1,745.8 juta menunjukkan penurunan sebanyak 41.2 peratus (%), daripada BND2,966.9 juta pada Mei 2022.

 

Penurunan berkenaan disebabkan oleh penurunan nilai eksport sebanyak 42.3 % daripada BND1,869.3 juta kepada BND1,078.5 juta.

 

Nilai import juga menurun sebanyak 39.2% daripada BND1,097.6 juta kepada BND667.3 juta.

 

Penurunan nilai eksport terutamanya didorong oleh nilai eksport minyak mentah, gas cecair asli (LNG), dan lain-lain produk petroleum khususnya bahan api diesel automatif.

 

Penurunan nilai eksport minyak mentah adalah disebabkan oleh penurunan jumlah isi padu sebanyak 38.8% dan harga eksport sebanyak 32.6%.

 

Bagi LNG, penurunan adalah juga disebabkan oleh penurunan jumlah isi padu sebanyak 13.4% dan harga eksport sebanyak 37.7%.

 

Dari segi komoditi eksport, bahan api galian merupakan penyumbang utama eksport Negara Brunei Darussalam (NBD), iaitu sebanyak 74.3%; diikuti dengan bahan kimia (22.1%); dan jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.8%).

 

Lima komoditi import utama pada Mei 2023 adalah bahan api galian (63.2%), diikuti oleh jentera dan kelengkapan pengangkutan (12.3%), makanan (8.2%), barang-barang keluaran kilang (5.8%), dan bahan kimia (5.0%).

 

Pasaran eksport utama pada Mei 2023 adalah Republik Rakyat China (22.7%), diikuti oleh Australia (20.6%) dan Singapura (15.1%).

 

Komoditi eksport terbesar adalah bahan kimia dan bahan api galian.

 

Sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Emiriah Arab Bersatu (21.6%), diikuti oleh Republik Rakyat China (16.9%) dan Qatar (16.8%), dengan bahan api galian sebagai komoditi import terbesar.

 

Sebanyak 65.2% import adalah digunakan sebagai Barangan Perantaraan bagi pemprosesan, diikuti oleh Barangan Modal (31.0 peratus) bagi operasi perniagaan dan Barangan Penggunaan (3.8 peratus) bagi kegunaan isi rumah.

 

Sebanyak 94.6 peratus jumlah perdagangan dihantar melalui pengangkutan laut. Ini diikuti oleh pengangkutan udara (3.6%) dan melalui darat (1.8%).

 

Bagi perubahan bulan-ke-bulan, berbanding April 2023, jumlah perdagangan meningkat sebanyak 24.6% disebabkan oleh peningkatan jumlah eksport sebanyak 41.6% dan jumlah import sebanyak 4.3%.

 

Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa bagi Mei 2023 adalah mengikut klasifikasi ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature 2022 (AHTN 2022) yang boleh didapati melalui laman sesawang JPES di 'https://deps.mofe.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30