FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kukuhkan Kerjasama, Saling-Keoperasian Institusi Perubatan Tentera


 


 September 5th, 2023  |  12:28 PM  |   143 views

GADONG

 

Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Tentera, Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) Kali Ke-17 diadakan di Goldstone Ballroom, Centrepoint Hotel, Gadong.

 

Mesyuarat berkenaan diadakan selama dua hari bermula dari 4 hingga 5 September 2023.

 

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan bersama oleh Ketua Pegawai Perubatan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kolonel (Dr.) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan; dan Ketua Pengarah Kesihatan Operasi, Markas Kesihatan Bersama Pasukan Pertahanan Australia (ADF), Brigedier Isaac Seidl.

 

Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan,  Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud.

 

Dalam ucapan pembukaannya, beliau menekankan perkembangan, inovasi, dan ketahanan yang ditunjukkan oleh Experts' Working Group on Military Medicine (EWG on MM) sepanjang tahun.

 

Beliau menggariskan kepentingan global inisiatif mereka dan komitmen bersama ke arah kerjasama antarabangsa yang lebih mendalam, terutamanya dengan entiti seperti United Kingdom yang memerhati inisiatif mereka.

 

Ini katanya lagi, mencerminkan jejak langkah global yang semakin meluas dan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap kerja mereka.

 

Mesyuarat berkenaan dihadiri secara fizikal oleh para wakil daripada sebilangan negara-negara ahli ADMM-Plus, Pusat Perubatan Ketenteraan ASEAN (ACMM) serta Sekretariat ASEAN.

 

Beberapa buah negara ADMM-Plus juga menghadiri mesyuarat berkenaan secara maya.

Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Tentera ADMM-Plus Ke-17 berkenaan adalah merupakan Persidangan Perancangan Terakhir (Final Planning Conference) untuk mengkoordinasi Project-Based Community Medical Deployment (PCMD)/Medical Aid Provision (MAP).

 

PCMD/MAP adalah atur gerak bagi negara-negara ADMM-Plus yang akan memberikan sumbangan perubatan kepada empat barangay di Jeneral Tinio di Republik Filipina.

 

Barangay-barangay ini telah dikenal pasti sebagai kawasan terpencil dan akan menerima sumbangan sukarela dari negara-negara ADMM-Plus.

 

Penglibatan di antara tentera dan awam berkenaan bertujuan untuk menggunakan pelbagai rangka kerja yang sedia ada seperti ACMM, Rangka Kerja Sokongan Logistik (LSF) dan Standby Arrangement and Coordination of Join Disaster Relief and Emergency Response Operations (SASOP).

 

Diharapkan usaha berkenaan akan meningkatkan peruntukan kesihatan di keempat-empat barangay berkenaan.

 

PCMD/MAP akan berlangsung dari 14 hingga 27 Oktober 2023.

 

Sejak penubuhannya pada 2010, EWG on MM berkenaan telah mengukuhkan kerjasama, saling-keoperasian serta penyelarasan dalam kalangan institusi perubatan tentera bagi 18 buah negara ADMM-Plus sepertimana yang dihasratkan oleh ketua-ketua pertahanan ADMM-Plus.

 

EWG on MM berkenaan beraspirasi untuk terus mengembangkan kapasiti dan keupayaan ADMM-Plus dalam menunaikan hasrat EWG on MM bagi menyediakan kedamaian dan sekuriti kesihatan serantau.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30