FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tabung IBTE Donation Drive 2023 Berjaya Mengutip Lebih BND60 Ribu


 


 September 5th, 2023  |  15:24 PM  |   745 views

JALAN MUARA

 

Tabung Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Donation Drive 2023 merupakan aktiviti tahunan IBTE yang bertujuan untuk menjana Tabung IBTE melalui sumbangan derma bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan IBTE di dalam menyediakan pendidikan dan latihan teknikal yang berkualiti, di samping memberikan kebajikan dan keselesaan kepada pelajar-pelajar IBTE.

 

Pada tahun ini, Tabung IBTE Donation Drive 2023 berjaya mengutip sebanyak BND60,306.01 yang mana 70 peratus akan dimasukkan ke dalam Tabung IBTE, manakala 30 peratus akan didermakan kepada dua badan amal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam, iaitu An-Nur Harapan Sdn. Bhd. dan Learning Ladders Society.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Mock Cheque IBTE Donation Drive 2023 kepada dua badan amal tersebut diadakan petang tadi bertempat di Longhouse Restaurant, IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyerahkan 'mock cheque' kepada dua badan amal tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

 

Kedua-dua badan amal berkenaan telah bergiat aktif dalam menjalankan program-program latihan bagi kanak-kanak dan juga golongan belia yang berbeza-upaya.

 

Badan amal itu telah ditubuhkan bagi memperkasa golongan berbeza upaya untuk hidup berdikari dengan meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi peribadi mereka serta memberikan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan.

 

Pada 24 Jun 2023, IBTE juga menganjurkan acara walkaton sempena Tabung IBTE Donation Drive 2023, bertempat di Taman Riadah Jalan Menteri Besar, yang disertai oleh lebih daripada 2,000 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pengurusan, pegawai-pegawai, tenaga-tenaga pengajar, kakitangan dan pelajar-pelajar IBTE.

 

Acara walkaton tersebut telah berjaya dijalankan dengan kerjasama dan penglibatan daripada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Alam Sekitar Taman & Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan serta Radio Televisyen Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30