FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BTP Kumpul Maklumat Perkembangan Aktiviti Ekonomi


 


 September 6th, 2023  |  20:03 PM  |   643 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengendalikan Banci Tahunan Perusahaan / Perniagaan (BTP) 2023 pada bulan Januari 2023.

 

BTP 2023 mengumpul maklumat terkini mengenai pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh syarikat perusahaan / perniagaan di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

JPES telah mengeluarkan Laporan Penemuan Ringkas BTP 2023 yang memuatkan data mengenai profil dan prestasi perusahaan / perniagaan di sektor swasta bagi tahun 2021 dan 2022.

 

Penemuan-penemuan utama yang dimuatkan di dalam Laporan Penemuan Ringkas BTP 2023 adalah seperti berikut iaitu pertama, mengenai laporan perusahaan.

 

Sebanyak 6,570 buah perusahaan telah melapor sebagai aktif pada tahun 2022, di mana 97.6% (6,411 buah) adalah terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Manakala, pada tahun 2021, sebanyak 6,454 buah perusahaan adalah aktif dan 97.4% (6,286 buah) adalah terdiri daripada PMKS.

 

Terdapat sebanyak 2,831 perusahaan bersaiz mikro (43.1%) iaitu yang mempunyai kurang daripada lima pekerja; 2,652 perusahaan kecil (40.4%) yang mempunyai antara lima hingga 19 pekerja; 928 perusahaan sederhana (14.1%) dengan 20 hingga 99 orang pekerja dan 159 perusahaan selebihnya adalah bersaiz besar (2.4%) dengan 100 orang atau lebih pekerja.

 

Seterusnya, tiga kegiatan ekonomi terbesar ialah Perdagangan Borong dan Runcit dengan 2,359 perusahaan (35.9%), diikuti oleh Penginapan dan Perkhidmatan Makanan dengan 782 perusahaan (11.9%) dan Pembuatan dengan 656 perusahaan (10.0%).

 

Manakala kedua, laporan mengenai pekerjaan. Jumlah pekerja di sektor swasta telah meningkat sebanyak 0.8% pada tahun 2022 iaitu daripada 116,637 orang pada tahun 2021 kepada 117,591 orang pada tahun 2022.

Lebih ramai pekerja tempatan telah memasuki pasaran kerja di sektor swasta di mana bilangan mereka telah meningkat sebanyak 2.8% dari 65,757 orang pada tahun 2021 kepada 67,586 orang pada tahun 2022.

 

Perdagangan Borong dan Runcit merupakan majikan yang terbesar memberikan peluang pekerjaan di sektor swasta dengan 27,211 pekerja (23.1%). Ini diikuti oleh Perkhidmatan Profesional, Teknikal, Pentadbiran dan Bantuan sebanyak 15,363 pekerja ( 13.1%) dan Pembinaan (14,908 pekerja atau 12.7%).

 

Sementara itu, ketiga pula, laporan mengenai pendapatan. Jumlah pendapatan daripada aktiviti perniagaan di sektor swasta telah mencatatkan peningkatan sebanyak 28.0 % daripada BND31,901.0 juta pada tahun 2021 kepada BND40,840.0 juta pada tahun 2022.

 

Pendapatan terbesar adalah disumbangkan oleh aktiviti Pembuatan dengan nilai BND18,052.3 juta (43.0%), diikuti oleh aktiviti Perlombongan dan Kuari sebanyak BND9,858.8 juta (24.1%) dan aktiviti Perdagangan Borong dan Runcit sebanyak BND6,127.8 juta (15.0%).

 

JPES ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemilik dan pengurus syarikat perusahaan dan perniagaan atas kerjasama yang diberikan dalam membekalkan maklumat yang diperlukan bagi BTP 2023.

 

Laporan Penemuan Ringkas BTP 2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES. Sebarang pertanyaan mengenainya bolehlah dirujuk ke JPES dengan menghubungi talian +673 8230275 / +673 8320275 / +673 8260276 (waktu pejabat) atau e-mel di alamat, '[email protected]' atau layari laman sesawang : 'https://deps.mofe.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30