FacebookInstagramTwitterContact

 

Royal Brunei Police Force Training Exercise           >>           Blood Donation Campaign           >>           JobCentre Brunei Open Day           >>           Visit to Raudah           >>           Tour around Madinah           >>           Onset of Southwest Monsoon for Brunei Darussalam           >>           Excellent Student Award           >>           Concludes State Visit           >>           Business Forum           >>           State Banquet           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelihara Warisan Budaya Negara


 


 September 13th, 2023  |  08:45 AM  |   139 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Sejarah Brunei mengadakan Pameran Kebaya : Pengetahuan, Kemahiran, Tradisi dan Amalan bermula hari ini hingga 21 September 2023 bertempat di Galeri 4, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, di sini.

 

Pameran Kebaya : Pengetahuan, Kemahiran, Tradisi dan Amalan adalah sebagai usaha pembarigaan kepada pencalonan Kebaya ke UNESCO bagi tahun 2023.

 

Pencalonan ini merupakan kali pertama bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) dalam usaha memelihara serta melindungi warisan negara melalui UNESCO.

 

Selain itu, pencalonan ini juga merupakan pencalonan bersama NBD, Republik Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand ke senarai Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity, UNESCO pada tahun 2023.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan Pameran Kebaya : Pengetahuan, Kemahiran, Tradisi dan Amalan ialah Menteri Pendidikan / Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, selaku Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO di NBD.

 

Pelaksanaan pameran ini juga bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tak Ketara 2003, UNESCO sejak konvensyen ini diadopsi pada 17 Oktober 2003 dalam Sidang Umum Ke-32 UNESCO.

 

Negara-negara ahli disarankan untuk menyambut Ulang Tahun Ke-20 dengan mengadakan pelbagai kegiatan.

 

Dalam erti kata bahawa sambutan ini merupakan kesempatan NBD sebagai ahli kepada Konvensyen Memelihara Warisan Budaya Tak Ketara (Intangible) 2003 untuk sama-sama meraikan akan kepentingan warisan hidup ialah milik bersama.

 

Tema Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Konvensyen 2003 UNESCO ini ialah 'We Are #LivingHeritage' (Kita #WarisanHidup) dan juga digunakan dalam kempen media sosial UNESCO.

 

Warisan hidup yang dimaksudkan adalah tentang manusia, daya tahan dan pengetahuan yang diwariskan daripada generasi ke generasi.

 

Pameran ini melibatkan empat agensi iaitu : Bank Islam Brunei Darussalam dan Royal Brunei Airlines mempamerkan pakaian seragam (Kebaya), manakala Fashion Designers Alliance (persatuan pereka fesyen NBD) mempamerkan koleksi rekaan Kebaya.

 

Fashion Designers Alliance adalah sebagai penerus generasi pereka fesyen dan jahitan yang terdiri daripada anak tempatan dan diwakili oleh Naforrer dan Little Dayang.

 

Lamin Warisan juga turut menyumbangkan baju Kebaya lama untuk dipamerkan.

 

Antara matlamat pameran tersebut diadakan adalah untuk memberikan impak dan semangat serta kesedaran kepada masyarakat, khususnya belia dan generasi muda akan kepentingan menjaga warisan budaya tak ketara NBD.

 

Selain itu, memberikan ilmiah dan pengetahuan serta kefahaman yang lebih mendalam mengenai warisan budaya tak ketara kepada masyarakat agar dapat menjadi modal insan yang lebih berpendidikan dan berbudaya serta menekankan kepada masyarakat akan kepentingan warisan budaya tak ketara untuk sentiasa dijaga dan dipelihara selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam.

 

Di samping itu, dapat mengambil peluang untuk berinteraksi dan mendekati secara tidak langsung kepada masyarakat, khususnya penggiat, pengamal atau pewaris warisan budaya tak ketara dan mengembangkan, mempromosi dan membarigakan Konvensyen Memelihara Warisan Budaya Tak Ketara 2003, UNESCO kepada masyarakat.

 

Pameran dan sambutan ini akan memuatkan pelbagai aktiviti antaranya pengenalan kepada UNESCO termasuk sejarah ringkas NBD meratifikasi Konvensyen 2003, pelaksanaan dan pencapaian; penubuhan Jawatankuasa Warisan Kebangsaan dan Pelancaran Daftar Warisan Brunei.

 

Juga Pencalonan Bersama (Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand) Kebaya ke UNESCO serta pameran jenis-jenis Kebaya serta penceritaannya termasuk pameran daripada rakan-rakan strategik: Royal Brunei Airlines, Bank Islam Brunei Darussalam, Fashion Designers Alliance dan Lamin Warisan.

 

Turut diadakan Pelancaran Daftar Kebangsaan Warisan Budaya Tak Ketara Negara Brunei Darussalam oleh tetamu kehormat majlis, di mana inventori atau daftar adalah penting untuk melindungi warisan budaya tak ketara sekali gus meningkatkan kesedaran dan kepentingannya terhadap identiti individu dan kolektif.

 

Daftar ini nanti boleh diakses oleh orang ramai.

 

Turut hadir ialah Isteri Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, wakil-wakil daripada perwakilan asing, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, para jemputan khas serta pegawai dan kakitangan KKBS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Delhi 'Unbearable' As Temperatures Near 50C

 2024-05-30 01:07:53

Anglo American Rejects BHP Takeover Deadline Plea

 2024-05-30 01:00:01