FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Timba Ilmu, Fahami Produk, Perkhidmatan BIBD


 


 September 14th, 2023  |  08:07 AM  |   3357 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerima kunjungan daripada 95 penuntut dan tenaga pengajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

 

Lawatan tersebut yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang produk dan perkhidmatan BIBD, serta komitmen Bank terhadap pembangunan negara dan pembinaan komuniti.

 

Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar tentang pelbagai aspek projek dan inisiatif BIBD.

 

Lawatan sambil belajar itu juga diatur selaras dengan Wawasan Brunei 2035, bertujuan untuk memupuk sebuah negara yang diiktiraf mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran.

 

Lawatan itu juga merupakan salah satu langkah untuk mencapai objektif berkenaan, dengan melibatkan pelajar dalam pengalaman pendidikan dan interaktif, serta mendedahkan mereka kepada pelbagai organisasi di luar persekitaran sekolah mereka.

 

Semasa lawatan tersebut, para pelajar dan kakitangan sekolah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang projek-projek strategik BIBD, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Brunei di bawah pendekatan seluruh negara.

 

Projek-projek ini menunjukkan komitmen BIBD terhadap pertumbuhan dan kemajuan negara.

 

Taklimat disampaikan oleh Ketua Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Awang Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah, yang turut dihadiri oleh Pegawai Kanan dan Kakitangan BIBD.

 

Lawatan tersebut turut mempamerkan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) BIBD iaitu BIBD ALAF dan BIBD SEED.

 

BIBD ALAF, program sokongan pendidikan yang dimulakan pada 2013, bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, akhirnya menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk belia Brunei.

 

Sementara itu, BIBD SEED memperkasakan wanita daripada latar belakang yang kurang bernasib baik untuk menjadi usahawan yang berjaya, memupuk perubahan positif dalam masyarakat.

 

Lawatan diakhiri dengan para pelajar dan kakitangan sekolah merakamkan rasa terima kasih atas pengalaman pendidikan yang diberikan oleh BIBD.

 

Lawatan tersebut diharap akan menjadi pemangkin kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang amalan perbankan moden, kepentingan pendekatan Whole Of Nation terhadap inisiatif pembangunan negara dan impak transformatif program CSR.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07