Home > School
Memacu Kemahiran Pengetahuan Pelajar
September 14th, 2023 | 08:11 AM | 3403 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pertandingan Pemikiran Komputasi Berkomputer Beaver Antarabangsa 2023 anjuran Tuisyen Teachmeguru, menutup tirainya kelmarin.
Pertandingan Beaver ialah pertandingan informatik yang berprestij yang diadakan di 60 buah negara dengan hampir 2.8 juta penyertaan pelajar.
Pertandingan tersebut mempunyai enam kategori berbeza iaitu Pre-Ecolier, Ecolier, Benjamin, Cadet, Junior and Student.
Pertandingan antara lain bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pemikiran aras tinggi yang membolehkan mereka menerapkan pengetahuan mereka dalam komputer yang telah dipelajari mengikut tahap mereka.
Negara Brunei Darussalam baru sahaja mengadakan Pertandingan Beaver pertama mereka pada 12 September 2023, di mana pusingan pertama pertandingan itu telah disertai oleh seramai 64 pelajar dari lima buah sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Menengah Chung Hwa Kuala Belait; Sekolah Menengah Chung Ching; Sekolah St James; Sekolah Pertama dan St George's.
Pertandingan tersebut telah diadakan di sekolah masing-masing.
Ianya bertujuan untuk membantu mendedahkan jenis soalan pemikiran inferens komputasi berkomputer yang membolehkan pelajar Brunei sebagai salah satu daripada banyak cara untuk mereka dilengkapi dengan baik untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka seperti yang telah diuji dalam penilaian PISA dan Psikometri.
Soalan-soalan tersebut membolehkan mereka menerapkan pengetahuan yang mereka peroleh dalam kelas serta menonjolkan kepentingan kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran analisis.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan, pergi ke 'teachmeguru.org' atau menghubungi di dalam talian +673 7347650.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]