Home > School
Lawatan Sambil Belajar Ke RBC
September 14th, 2023 | 08:15 AM | 3393 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) telah membuat lawatan sambil belajar bagi kursus CM3311 Islamic Service Management di Royal Brunei Culinary (RBC) di Lambak Kanan, baru-baru ini.
Lawatan berkenaan diketuai oleh Pensyarah, Dr Khatijah binti Othman dan Penolong Pensyarah, Dayang Noorhizrah binti Mohammad.
Sebanyak 14 orang pelajar dari Tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan serta seorang pelajar minor dari Sarjana Muda Halal Science telah ikut menyertai lawatan tersebut.
Antara objektif-objektif bagi lawatan sambil belajar itu adalah untuk memberi pendedahan dan pendekatan yang lebih luas tentang Islamic Services Management, membuka peluang bagi pelajar untuk mempelajari dan melihat bagaimana sesebuah organisasi menguruskan perniagaan dari segi perancangan, pemasaran serta mematuhi undang-undang Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]