FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Tinjau Program Ditawarkan Kampus Sinaut


 


 September 14th, 2023  |  08:19 AM  |   3433 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Fakulti Pertanian dan Pusat Penyelidikan Halalal Thayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang berpusat di Kampus Sinaut, Tutong menerima lawatan daripada lebih 90 pegawai dan guru daripada Unit Pendidikan Kerjaya, Sekolah-sekolah Menengah, Maktab Sains dan Pusat Tingkatan Enam hari ini.

 

Lawatan berkenaan bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh fakulti dan pusat di Kampus Sinaut.

 

Pembentangan mengenai program-program disampaikan masing-masing oleh Ketua Program Pra Siswazah Fakulti Pertanian, Dayang Anisah Syakirah binti Anwari dan Ketua Program Pra Siswazah Pusat Penyelidikan Halalal Thayyiban, Dayang Dr. Siti Nur Idayu binti Haji Mastusin.

 

Fakulti Pertanian yang ditubuhkan pada Januari 2021 pada masa ini menawarkan beberapa program termasuk Program AgriBridge, Program Sarjana Muda Pertanian (Agribisnes), Program Sarjana Muda Pertanian (Agroteknologi), Program Sarjana Pertanian (Agribisnes - secara kajian), Program Sarjana Sains Pertanian (secara kajian) dan Program Doktor Falsafah.

 

Terbaharu, Program Siswazah dalam bidang akuakultur akan mula ditawarkan pada Januari 2024, manakala Program Sarjana Muda Pertanian (Akuakultur) akan bermula pada Ogos 2024.

 

Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian dirangka dengan input pakar-pakar dari dalam dan luar negara, pihak industri dan jabatan-jabatan kerajaan Negara Brunei Darussalam termasuk pihak-pihak dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, agar ia sentiasa selari dan relevan dengan keperluan masa kini.

 

Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah berasaskan kepada pembelajaran di dalam dan di luar kelas bagi memberi pendedahan secara praktikal kepada para pelajar.

 

Pembentangan ringkas berkenaan dengan Pusat Makmal Saintifik Ibnu Sina juga disampaikan bagi memberi pencerahan mengenai pelbagai kemudahan dan fasiliti makmal yang terdapat di Kampus Sinaut bagi mendukung kokurikulum akademik mahupun kajian yang memerlukan praktikal makmal dan kajian saintifik.

 

Lawatan kerja diteruskan dengan meninjau prasarana-prasarana yang terdapat di Kampus Sinaut termasuk Makmal Saintifik,  Rumah Herba, Kolam Akuakultur, Ladang Agronomi dan Dapur Inovasi Halal. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07