FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Perkukuh Kemahiran Pelajar Bertutur Bahasa Arab


 


 September 14th, 2023  |  08:27 AM  |   3493 views

TUTONG

 

Sebagai salah satu usaha untuk memupuk minat para pelajar mencintai bahasa Arab dan mengamalkannya dalam aktiviti harian, Bahagian Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menganjurkan Program Hayya Ilal Arabiyyah atau 'Mari Berbahasa Arab' bertempat di Ma'had Islam Brunei, di sini.

 

Bertemakan 'Bahasa Arab Bahasa Ibadat', program berkenaan bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran pertuturan bahasa Arab dalam kalangan pelajar, di samping menyemai minat dan mempertingkatkan kualiti pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab melalui pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan (fun learning).

 

Lebih 90 pelajar terlibat dalam program berkenaan yang terdiri daripada pelajar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan; Sekolah Arab Belait; Sekolah Arab Temburong; Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Ma'had Islam Brunei.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan program berkenaan, Pemangku Penolong Pengarah Profesional JPI, Awang Haji Ayop bin Haji Ghani.

 

Majlis pembukaan diserikan dengan persembahan anjuran Seria Energy Lab, iaitu Kumpulan Cinema Science Investigators (CSI).

 

Konsep program pada kali ini ialah 'pembelajaran berasaskan permainan' yang berdasarkan kepada fitrah pelajar yang suka bermain dan ia lebih memberikan kesan yang positif kepada pelajar.

 

Selain itu, konsep berkenaan juga dapat membina pengalaman tersendiri kepada para peserta semasa bertanding dan bermain kerana secara tidak sedar, dalam keseronokan bermain, para peserta menjalani proses pembelajaran.

 

Di samping aktiviti-aktiviti berbahasa Arab, atur cara program juga dimeriahkan lagi dengan bazar jualan yang dibukakan penyertaan kepada para pelajar sebagai inisiatif pihak sekolah dalam memupuk minat para pelajar dalam bidang keusahawanan.

 

Program yang dianjurkan merupakan salah satu usaha berterusan pihak JPI serta persekolahan Arab bagi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pada tahun 1438H / 2016M.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07