FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA - UIA Perbaharui MoU


MENANDATANGANI bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (duduk, kanan), manakala pihak UIA, Malaysia diwakili oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, Yang Berbahagia Profesor Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin (duduk, kiri).

 


 November 7th, 2016  |  10:13 AM  |   1079 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 6 November. - Dalam usaha meningkatkan reputasinya di luar negara, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus giat menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi dengan termeterainya penandatanganan membaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia yang telah terjalin sejak tahun 2009.

 

Menurut Siaran Akhbar UNISSA, Majlis Penandatanganan itu berlangsung pada Sabtu lalu, di Bangunan Rektori UIA, Gombak, Malaysia.

 

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, manakala bagi pihak UIA, Malaysia pula diwakili oleh Rektor universiti berkenaan, Yang Berbahagia Profesor Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin.

 

Dalam ucapan Rektor UIA, beliau menyatakan sangat berminat untuk meluaskan kolaborasi dengan UNISSA dalam pelbagai bidang terutama sekali dalam bidang halal lebih-lebih lagi UNISSA berhasrat untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal sejajar dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai 'Hub Halal Global' yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

 

Dalam memorandum tersebut, kedua-dua buah universiti juga telah bersetuju bagi meneruskan dan memperkukuh kerjasama sedia ada dalam bidang akademik, program mobiliti pelajar serta staf serta penyelidikan dalam bidang pengajian Islam juga lain-lain bidang yang boleh diperluaskan dari semasa ke semasa.

 

UIA, Malaysia merupakan antara sebuah Universiti Islam paling berprestij dalam dunia akademik.

 

Mengintegrasikan Ilmu Islam dan nilai-nilai pelbagai disiplin, UIA, Malaysia juga menyasarkan visinya untuk menjadikan sebuah pusat pendidikan antarabangsa yang cemerlang dengan objektif mengembalikan peranan Umat Islam yang dinamik dan progresif dalam semua cabang ilmu juga wacana intelek.

 

Rektor UNISSA juga menghadiri jemputan Majlis Konvokesyen Ke-32 di universiti berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Universiti Islam Sultan Sharif Ali

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19