FacebookInstagramTwitterContact

 

Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>           Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>           Tim Howard Inducted Into U.S. National Soccer Hall Of Fame           >>           Unstoppable Haaland Nets Four As Man City Rout Wolves           >>           Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


UTB Diiktiraf Sebagai Research University


 


 September 15th, 2023  |  09:07 AM  |   2189 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebuah universiti bukan sahaja berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran, malah ia adalah gedung penciptaan dan penemuan ilmu melalui pelbagai aktiviti penyelidikan (knowledge creation dan discovery).

 

Walau bagaimanapun, permulaan Universiti Teknologi Brunei (UTB) pada 2008 adalah sebagai Teaching University, dan budaya penyelidikan pada ketika itu adalah sifar kerana ia terlalu baharu.

 

Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman berucap demikian dalam sembah alu-aluannya pada Majlis Konvokesyen 2023 UTB yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Datin Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah seterusnya menyembahkan, pada hari ini, UTB boleh diiktiraf sebagai Research University kerana penghasilan penyelidikan yang berkualiti tinggi dengan trend menunjukkan peningkatan kepada 5,750 petikan daripada 302 penerbitan jurnal SCOPUS pada 2022, iaitu lima kali ganda kenaikan sejak 2017.

 

"Sehubungan dengan itu, hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Tuan Patik atas penyediaan dana kompetitif, yang telah menjadi 'game changer' kepada landskap penyelidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam di negara ini," sembahnya lagi.

 

Pengeluaran graduan UTB tambahnya, bergantung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran, kerana dapat disukat melalui pasaran pekerjaan, dan setakat ini, seramai 77.8 peratus graduan daripada kohort 2022 diambil bekerja pada 2023.

 

UTB juga menurutnya, memperoleh kedudukan ke-226 dalam 'employment outcomes QS Global', dengan tumpuan penilaian adalah kepada penyediaan kerjaya pelajar selepas tamat pengajian.

 

Naib Canselor UTB seterusnya menyembahkan bahawa penerimaan program-program UTB oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta tempatan yang dipanggil 'Satellite Partners' termasuk Micronet International College, Kemuda Institute dan Kolej International Graduate Studies adalah membanggakan.

 

Artikulasi kepada program-program yang ditawarkan oleh fakulti, sekolah-sekolah UTB jelasnya, mengambil peranan sebagai pemberi laluan alternatif kepada pendidikan tinggi.

 

Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada industri dan rakan kolaborasi dalam kampus seperti Brunei Shell Petroleum; Shell Deepwater and Exploration; Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Brunei (PUJA); Huawei; Cisco; Mitsubishi dan Grand Motors kerana mereka menyumbang dalam memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan staf dan pelajar UTB.

 

"Sebelum hamba Kebawah Duli Tuan Patik mengakhiri sembah alu-aluan ini, hamba Kebawah Duli Tuan Patik sekali lagi dengan penuh hormat serta takzim menyembahkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik ke Majlis Konvokesyen UTB.

 

"Hamba Kebawah Duli Tuan Patik seterusnya sukacita menjunjung kurnia perkenan Kebawah Duli Tuan Patik bagi menyembahkan berbanyak menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor UTB," tambahnya lagi.

 

Beliau seterusnya menzahirkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kehadiran Dif-dif Kehormat, Setiausaha-setiausaha Tetap, Naib Canselor, Rektor, Raes, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, wakil-wakil daripada industri dan rakan kongsi, yang sama-sama meluangkan masa dan berkesudian untuk hadir di Majlis Konvokesyen berkenaan.

 

"Berbanyak terima kasih juga di atas khidmat Ahli-ahli Majlis dan Senat serta semua tenaga akademik dan pentadbiran UTB yang bekerja keras dalam melaksanakan tugas masing-masing sehingga graduan pada hari ini berjaya mewujudkan harapan dan cita-cita mereka sebagai graduan UTB menjadi kenyataan.

 

"Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga dan keluarga graduan. Saya penuh percaya kejayaan setiap graduan pada hari ini adalah atas berkat sokongan, dorongan dan doa abiskita yang tidak putus-putus," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07