FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Panchor Murai FC Tewaskan Kasuka FC 3 - 2


 


 September 16th, 2023  |  06:51 AM  |   2255 views

BERAKAS

 

Panchor Murai FC hadir dengan kejutan menarik dan berjaya merampas kemenangan dari genggaman Kasuka FC pada saingan Liga Belia Bawah 20 Tahun (B20) anjuran Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) 2023, dengan keputusan 3 - 2, pada pertemuan yang berlangsung di Padang 'A' FABD, petang tadi.

 

Pertemuan Panchor Murai FC dan Kasuka FC nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan berjaya mencipta banyak peluang untuk membolosi gawang namun Kasuka FC lebih bijak mencipta jaringan menerusi ledakan kencangan Muhd Amar Rawi pada minit ke-21 yang membantu pasukannya berada di depan.

 

Haziq Syazwan seterusnya memberikan tekanan kepada Panchor Murai FC setelah menghadiahkan gol kedua pasukannya pada minit ke 36, memberikan kelebihan jaringan untuk kedudukan 2 - 0.

 

Ketinggalan jaringan, Panchor Murai FC terus berusaha untuk membolosi gawang pasukan lawan, namun beberapa peluang yang hadir belum menemui penyudah dan kedudukan kekal 0 - 2 sehingga tamat separuh masa pertama.

 

Bersambung di babak kedua, Panchor Murai FC yang bangkit dengan semangat dan strategi baharu berjaya memperoleh jaringan pertama menerusi tandukan Al-Kholil Sapawi selang satu minit separuh masa kedua bermula.

 

Pertemuan semakin mendebarkan apabila Abd. Nur Iqbal Abd. Nor Hilmy berjaya menyamakan kedudukan 2 - 2 pada minit ke-68.

 

Sentuhan jaringan emas oleh pemain Panchor Murai FC, Afnan Afiq Arfan yang menyarung jersi 48, pada minit akhir perlawanan sekali lagi memberikan kejutan kepada Kasuka FC, namun kebangkitan mereka untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata tidak kesampaian apabila Panchor Murai FC bijak mengukuhkan pertahanan untuk keputusan kekal memihak kepada Panchor Murai FC 3 - 2.

 

Sementara itu, pada pertembungan yang berlangsung di Padang 'B' FABD, IKLS-MB5 FC menewaskan Wijaya FC, 3 - 0 manakala Lun Bawang FC berpesta gol setelah menundukkan MSN United dengan keputusan 9 - 1, di Kompleks Sukan Batu Apoi, Temburong.

 


 

Source:
RTB NEWS

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48