Home > Bahasa Melayu
Platform Pupuk Ikatan Bersama
September 16th, 2023 | 07:23 AM | 79 views
RIMBA
Eksesais Pacific Angel (EX PACANGEL) 23-3 antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan United States Pacific Air Forces (US PACAF) telah bermula pada 11 hingga 15 September 2023, menandakan satu pencapaian eksesais yang julung kalinya diadakan antara TUDB dan US PACAF di Negara Brunei Darussalam.
Pengerusi bersama bagi eksesais ini ialah Pegawai Pemerintah, Cawangan No. 1, TUDB, Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie dan Execution Mission Commander, US PACAF, Leftenan Kolonel Eric S. Thorstad.
Objektif eksesais ini diadakan antaranya adalah untuk meningkatkan tahap saling boleh kendali antara TUDB dan US PACAF dalam Operasi Mencari dan Menyelamat serta Mobility Aircraft (MAF) Flying Training Exercise (FTX) di kawasan hutan dan perairan melalui siri aktiviti seperti Table-Top Exercises (TTX) yang merangkumi struktur mencari dan menyelamat.
Ia termasuklah keupayaan serta proses di dalam organisasi Rescue Coordination Center (RCC) dan Pertukaran Subjek Pakar (SMEE) di dalam bidang pemeliharaan pesawat, pertahanan pangkalan, prosedur evakuasi perubatan serta penangkapan anggota.
Melalui eksesais ini juga dapat menjadi platform yang membolehkan kedua-dua Tentera Udara memupuk ikatan bersama, memupuk kesantunan, menggalakkan kestabilan serantau melalui pembinaan hubungan dan kesatuan matlamat.
Hadir bagi menyaksikan eksesais yang diadakan baru-baru ini, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn Roberta McClelland.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Muhamad Khairul Hisyam Jaya
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]