Home > Bahasa Melayu
PESATU Anjur Doa Kesyukuran
September 16th, 2023 | 07:29 AM | 151 views
TUTONG
Persatuan Saudara-saudara Baru Daerah Tutong (PESATU) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Kepulangan Jemaah Haji (Muallaf) dan Ilal Hijrah 1445 bertempat di Dewan PESATU, Kampung Lubok Pulau, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berkebajikan tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial@Tekpin bin Ya'akub.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Dikir Marhaban dan seterusnya penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat.
Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang dikendalikan oleh persatuan berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]