FacebookInstagramTwitterContact

 

Turkish Embassy Hosts Bangladeshi Diplomats           >>           Opening of Registration for Penilaian Sekolah Rendah 2024           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Blood Donation Campaign           >>           Participate in Overseas Learning Journey Programme           >>           Endowment of UNISSA's Mushaf Handover Ceremony           >>           Launching of Prototype Vehicle           >>           Final of the National Musabaqah Al-Quran Reading 2024           >>           Final Preparation to Welcome the Arrival of Haj Pilgrims           >>           Doa Kesyukuran for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejohanan Golf Sempena Hari Keputeraan Pada 29 September Ini


Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 September 17th, 2023  |  07:56 AM  |   64 views

MENTIRI

 

International Amateur Open Golf Championship 2023 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat, 29 September 2023 hingga Ahad, 1 Oktober 2023 pada sebelah pagi sahaja.

 

Kejohanan akan diadakan di Kelab Golf Pantai Mentiri yang diselenggarakan oleh Jawatankuasa Takbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun.

 

Seperti pada tahun lalu, jelas Awang Haji Abd Saman bin Haji Ahmad selaku Pengerusi Bersama pada Sidang Media yang diadakan petang tadi di Kelab Golf Pantai Mentiri, beberapa kategori perlawanan akan dibukakan kepada peminat-peminat golf tanah air dan juga pemain-pemain dari luar negara.

 

Di antaranya ialah Kategori Lelaki Terbuka, kategori mengikut Division iaitu Division A, Divison B dan Division C, Kategori Warga Emas (Senior) yang berumur dari 55 tahun dan ke atas dan juga Kategori Wanita.

 

Pada tahun ini katanya, Kategori Warga Emas telah mengambil tempat yang istimewa di dalam perlawanan di mana kategori ini dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut peringkat umur, iaitu Kategori 55-60 Tahun, Kategori 61-69 Tahun dan Kategori Super Senior 70 Tahun dan Ke Atas.

 

“Satu hadiah berupa piala akan disediakan untuk kategori tersebut dalam bagi pemenang Nett dan disumbangkan oleh Syarikat ASAFF Group.

 

“Borang kemasukan dan pendaftaran bagi perlawanan tersebut boleh diperolehi di Kelab Golf Pantai Mentiri dan juga di kelab-kelab golf yang lainnya di Negara Brunei Darussalam," tambahnya.

 

Borang penyertaan hendaklah dikembalikan semula ke Kelab Golf Pantai Mentiri tidak lewat dari 27 September 2023.

 

Bayaran pendaftaran bagi perlawanan tersebut ialah BND100 bagi setiap orang / setiap perlawanan (Ahli Kelab Pantai) dan BND120 bagi pendaftaran bukan Ahli Kelab tersebut.

 

Sistem perlawanan pada tahun ini ialah 'System 36 and Stroke Play'.

 

Selain dari kategori perlawanan, pada tahun ini juga pihak penganjur telah menawarkan beberapa hadiah istimewa, iaitu hadiah yang berupa kenderaan dan sebiji TV bersaiz besar bagi 'Hole in One' yang sudah pasti menarik perhatian semua pemain-pemain golf tempatan dan juga luar negara.

 

Hadiah-hadiah tersebut disumbangkan oleh syarikat-syarikat tempatan sebagai penaja utama, iaitu Boustead Sdn. Bhd., Happy Motoring Sdn. Bhd., Berjaya Sendirian Berhad dan Aifa Sendirian Berhad.

 

InsyaaAllah jumlah penyertaan pada tahun ini dianggarkan sekitar 200 -250 orang yang akan turut serta dari kalangan pemain-pemain golf tempatan dan juga luar negara.

 

Penyampaian hadiah kemenangan nanti akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Awang Haji Abd Aziz bin Abd Kassim selaku Pengerusi dan bagi pihak semua Ahli Jawatan Kuasa Penyelenggara berharap kepada peminat-peminat sukan tanah air khususnya pemain-pemain golf akan berkesudian untuk turut seta dalam menyumbangkan bakat di perlawanan tersebut nanti di samping menyerikan lagi suasana Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-77 Tahun yang kita penuh cintai bersama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20