Home > Bahasa Melayu
Laungan Dikir Bergema Di Daerah Tutong
Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
September 17th, 2023 | 08:00 AM | 66 views
TUTONG
Bagi memperingati kelahiran dan menzahirkan rasa syukur serta kasih ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta memohon barakah daripada Allah Subhanahu Wata'ala, seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini bergema dengan laungan Dikir yang diadakan selama 12 hari berturut-turut bermula hari ini.
Dikir Maulud selama 12 hari berkenaan akan dilaksanakan bersempena menyemarakkan lagi Sambutan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1445 Hijrah.
Dalam pada itu, Pelita Brunei membuat tinjauan ke salah sebuah masjid di Daerah Tutong iaitu Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, di sini.
Sebelum Majlis Dikir Maulud bermula, para jemaah terlebih dahulu menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.
Antara yang menyertai acara keagamaan berkenaan ialah para pegawai kanan kerajaan dan penduduk setempat.
Majlis berkenaan merupakan salah satu syiar dan acara hari-hari kebesaran Islam yang diraikan oleh umat Islam di negara ini dalam menanamkan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]