FacebookInstagramTwitterContact

 

Opening of Registration for Penilaian Sekolah Rendah 2024           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Blood Donation Campaign           >>           Participate in Overseas Learning Journey Programme           >>           Endowment of UNISSA's Mushaf Handover Ceremony           >>           Launching of Prototype Vehicle           >>           Final of the National Musabaqah Al-Quran Reading 2024           >>           Final Preparation to Welcome the Arrival of Haj Pilgrims           >>           Doa Kesyukuran for Intending Haj Pilgrims           >>           Healthcare Leadership Programme Opening Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Suntik Semangat Sumbang Khidmat Bakti Buat Negara


Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 September 17th, 2023  |  08:10 AM  |   80 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyediakan pelbagai program bagi pembangunan kapasiti manusia untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 ke arah rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya bagi mencapai taraf kehidupan yang berkualiti tinggi.

 

Dengan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia  melalui Yayasan baginda juga turut mengendalikan beberapa program pembangunan kapasiti manusia bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi yang seterusnya akan berperanan terhadap kemajuan dan pembangunan negara seperti Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

 

Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB adalah merupakan biasiswa yang berprestij dan dianugerahkan kepada para penuntut yang dikenal pasti oleh YSHHB, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat sarjana muda sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang di institusi-institusi pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh YSHHB dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah DYMM.

 

Dalam kesempatan ini, Pelita Brunei menemu bual para penerima biasiswa yang menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda dan juga kerabat diraja.

 

Dayang Alya' Nuha binti Haji Hayattuddin merupakan lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah dan melalui biasiswa 'Sultan's Scholar' berkenaan, beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Lughah Arabiyyah di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir.

 

"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan berasa amat teruja serta bersyukur atas penganugerahan 'Sultan's Scholar' kerana saya telah melakar satu sejarah yang baharu dalam kehidupan saya dengan mencipta satu memori indah yang terpahat segar dalam sanubari.

 

"Setelah menamatkan pengajian nanti, saya berharap dengan biasiswa ini dapat menyuntik lagi semangat saya dalam pengajian saya. Saya juga akan melakukan tanggungjawab saya sebagai seorang penuntut dan belia yang berwawasan tinggi.

 

"Saya juga berhasrat dan bersedia untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada negara demi mencapai Wawasan Brunei 2035 dan memberikan perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada raja, agama, bangsa dan negara," ujarnya.

 

Beliau juga berhasrat memperluas lagi bahasa Arab di negara ini agar ilmu itu menjadi satu manfaat buat semua orang.

 

Beliau juga bercita-cita ingin menjadi seorang pemimpin yang cemerlang yang bakal menerajui bangsa pada masa akan datang demi memajukan negara.

 

Sementara itu, Awang Ahmad Syahmi bin Haji Mohamad Rozaini merupakan lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah dan melalui biasiswa 'Sultan's Scholar', beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir.

 

"Alhamdulilah pertama sekali, saya ingin menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan juga pihak kerajaan serta YSHHB. Saya amat bersyukur dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk menerima biasiswa 'Sultan's Scholar' pada tahun ini.

 

"Pada kesempatan ini juga, saya ingin berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang tidak pernah kenal erti penat lelah, sedaya upaya berusaha demi kemaslahatan diri saya yang tidak berhenti menyumbang tenaga dan masa dalam mengajar serta mendidik saya dengan pelbagai apa juga cara semenjak saya dilahirkan ke dunia ini.

 

"Insyaa-Allah, perancangan pada masa depan, saya ingin menyebarkan ilmu yang saya peroleh, ilmu ukhrawi dan duniawi  kepada masyarakat sekeliling dan orang-orang terdekat untuk menimba ilmu," ujarnya lagi.

 

Dayang Chloe Cheok Lu Yi  juga menzahirkan junjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas pengurniaan biasiswa berkenaan kerana beliau berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terbaik di United Kingdom.

 

"Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga saya, rakan-rakan saya dan guru saya atas sokongan dan bimbingan berterusan mereka sepanjang pengajian saya. Menyentuh mengenai perancangan masa depan, saya berharap dapat memainkan peranan penting dan menyelamatkan penjagaan kesihatan kebangsaan serta global dengan memajukan pemahaman saya tentang pelbagai jenis mikroorganisma dan peranan serta penyakitnya," jelasnya.

 

Beliau merupakan lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan melalui biasiswa 'Sultan's Scholar', beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Microbiology di Imperial College London, United Kingdom.

 

Seorang lagi penerima biasiswa berkenaan, Dayang Siti Ain Nursyuhaidah binti Mohammad Sahirin merupakan lepasan penuntut Pusat Tingkatan Enam Sengkurong dan melalui biasiswa 'Sultan's Scholar', beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Data Science di University of Melbourne, Australia.

 

"Alhamdulilah, saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas rezeki dan rahmatnya dan saya juga menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM serta kerabat baginda atas pengurniaan 'Sultan's Scholar' ini.

 

"Setelah tamat pengajian, perancangan masa depan, Insyaa-Allah saya akan bekerja di negara ini untuk menabur bakti ke Negara Brunei Darussalam dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035," ujarnya.

 

Dalam pada itu, tujuan pemberian biasiswa 'Sultan's Scholar' adalah untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang, menyumbang kepada pembangunan agama, sosial dan ekonomi negara serta menjadi generasi penerus yang akan membarisi tampuk kepimpinan bagi kepentingan agama, raja dan negara.

 

Kebawah DYMM telah memperkenankan penganugerahan biasiswa 'Sultan's Scholar' bermula pada tahun 2006, iaitu bagi sesi pengajian tahun 2006/2007. Sehingga tahun 2022, seramai 59 pelajar menerima anugerah berprestij berkenaan.

 

Sementara itu, bermula pada tahun 2013, YSHHB memperluaskan skim biasiswa 'Sultan's Scholar' untuk skim meninggikan tahap pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

 

Sehingga tahun 2022, seramai enam orang menerima biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dan sembilan orang lagi menerima biasiswa bagi meninggikan tahap pengajian ke peringkat sarjana.

 

Sebahagian mereka berkhidmat menyumbang bakti kepada negara melalui pelbagai bidang kepakaran masing-masing manakala sebahagian lagi masih dalam pengajian.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20