Home > Bahasa Melayu
Kemodenan Teknologi Beri Manfaat Pendidikan Masa Depan
September 17th, 2023 | 08:15 AM | 107 views
GADONG
Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) perlu sentiasa bersiap siaga, komited dan berterusan dalam menyediakan strategi dan langkah-langkah yang bersesuaian.
Antaranya menilai kurikulum, memperkasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum serta mengemas kini penilaian yang sedia ada bagi memastikan ia bukan sahaja menepati keperluan ugama dan negara bahkan selaras dengan Pendidikan Abad 21.
Sehubungan dengan itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKSPH) baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Kurikulum Pendidikan Tinggi Islam Abad Ke-21.
Bengkel kurikulum tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula 6 hingga 7 September dengan dihadiri oleh seramai 36 tenaga akademik UNISSA yang menyertai bengkel kurikulum berkenaan.
Hadir selaku fasilitator undangan ialah Profesor di Jabatan Bahasa dan Literasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Ts Dr. Muhammad Sabri Sahrir.
Antara objektif utama pengendalian bengkel berkenaan adalah bagi membincangkan isu-isu penting dan cabaran semasa ke arah mengekalkan kerelevanan kurikulum pengajian Islam dalam mendepani perubahan global.
Ini juga termasuk mencadangkan jalan penyelesaiannya, mengongsikan teknik dan strategi dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang efektif menerusi pemanfaatan teknologi bagi menghasilkan pendidikan yang kreatif dan inovatif.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]