FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Kelinga Pastikan Perintah Pekerjaan 2009 Dipatuhi


 


 September 17th, 2023  |  08:29 AM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh Cawangan Kuala Belait telah mengendalikan Operasi Kelinga 189/2023 di kawasan Kampung Telisai pada 22 Ogos 2023 bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

 

Pemeriksaan pertama di kampung berkenaan telah mendapati sebanyak tiga kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 10 majikan tiada menyediakan kontrak perkhidmatan; Bab 65 melebihi jam bekerja yang telah ditetapkan; dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing, di mana pekerja berjawatan sebagai Buruh didapati membuat pekerjaan Juruwang.

 

Pemeriksaan kedua telah mendapati sebanyak tiga kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 10 majikan tiada menyediakan kontrak perkhidmatan; Bab 65 melebihi jam bekerja yang telah ditetapkan; dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing, di mana pekerja berjawatan sebagai Buruh didapati membuat pekerjaan Juruwang.

 

Bagi kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua, manakala bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

 

Para majikan juga adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

 

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh melalui talian +673 2381848 (semasa waktu bekerja) atau +673 7298989 (di luar waktu bekerja).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59