FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Musabaqah 2023 Sekolah Al-Falaah Cungkil Bakat Pelajar


Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 September 17th, 2023  |  08:40 AM  |   105 views

SUNGAI AKAR

 

Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar petang tadi mengadakan Musabaqah 2023 bertempat di Auditorium, sekolah berkenaan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis yang berlangsung pada sebelah pagi tadi ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat.

 

Manakala hadir selaku tetamu kehormat pada sebelah petang pula ialah Dekan Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Hajah Rafidah binti Haji Abdullah.

 

Musaabaqah tersebut terdiri daripada empat bahagian yang dipertandingkan, antaranya ialah Musabaqah Mari Bercerita Bahasa Inggeris, Musabaqah Mari Bercerita Bahasa Melayu, Musabaqah Mari Bercerita Bahasa Arab dan Musabaqah Hafadzan Al-Qur'an.

 

Muncul juara bagi Musabaqah Mari Bercerita Bahasa Inggeris bagi Kategori 'A' ialah Awang Muhammad Aqil Rizky bin Mohammad Reduan, sementara johan bagi Kategori 'B' dan Kategori 'C' pula masing-masing disandang oleh Awang Mohammed Adhwa Hanif bin Mohammed Hafizi dan Dayang Amal 'Aziyah binti Muhammad Saiful Ashren.

 

Sementara itu, Kategori 'A' dalam Musabaqah Mari Bercerita Bahasa Melayu pula dijuarai oleh Dayang Nabahah binti Muhammad Rizan, manakala Dayangku Nur 'Aafiyah Mu'azzah binti Pengiran Mohammad Faizal pula menjuarai Kategori 'B' dan Awang Ahmad Safiq Mahmuddin bin Nor Ashaizal menjuarai Kategori 'C'.

 

Bagi Musabaqah Mari Bercerita Bahasa Arab pula, Kategori 'A' dimenangi oleh Awang Ahmad Muaiyyad Az-Zubair bin Haji Umar Abdul Hakim, Kategori 'B' dimenangi oleh Awang Mohammad Helman Sufee bin Mohammad Heldi dan Kategori 'C' dimenangi oleh Dayang Nur Sofiyyah Solehah binti Mohammad Fikri.

 

Manakala, johan bagi Kategori 'A', Musabaqah Hafadzan Al-Qur'an pula disandang oleh Dayang Nur Sarah Basyirah binti Mohammad Fikri, sementara Dayang Nur Sofiyyah Solehah binti Mohammad Fikri sekali lagi muncul juara bagi Kategori 'B' dalam Musaabaqah Hafadzan Al-Qur'an.

 

Dalam pertandingan berkenaan, Kategori 'A' adalah terdiri dari murid KG3, Kategori 'B' pula terdiri dari murid Tahun 1 hingga Tahun 3, sementara Kategori 'C' terdiri dari murid Tahun 4 dan tahun 5.

 

Pertandingan mari bercerita dinilai berdasarkan beberapa kriteria iaitu persembahan, kelancaran, hafalan dan isi cerita, sementara Pertandingan menghafal Al-Quran pula dinilai berdasarkan beberapa kriteria iaitu hafazan, suara, kelancaran dan tajwid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59