FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil Ceremony           >>           Hajat Prayer and Doa Kesyukuran           >>           Wissa Strikes In Stoppage Time As Brentford Win At Bournemouth           >>           Newcastle Edge Towards Europe After 1-1 Draw With Brighton           >>           USMNT's Core Is Moving Away From MLS And That's Fine For Now           >>           Spirited Fightback Leaves Yokohama F. Marinos On The Brink Of Historic AFC Champions League Triumph           >>           Delegation of Haj Officers depart for Saudi Arabia           >>           Henry, Fabregas Celebrate Como's Return To Serie A After 21 Years           >>           His Majesty Audience Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkukuhkan Kerjasama Antara Agensi Sumber Data


Foto : Azmah Haji Ahad

 


 September 17th, 2023  |  08:55 AM  |   111 views

BERAKAS

 

Sebagai menghargai kerja keras dan dedikasi yang diberikan dalam menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2021, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengadakan Majlis Penghargaan Kepada Pegawai-Pegawai Banci dan Pegawai-Pegawai Fokal e-Census, yang terlibat dalam BPP 2021.

 

Majlis yang diadakan di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi berkenaan dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, selaku tetamu kehormat.

 

Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pengarah, JPES, Dayang Heidi Farah Sia binti Abdul Rahman; Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan BPP 2021; Pegawai-pegawai Banci; Pegawai Fokal e-Census dan para pegawai kanan dari Kementerian-kementerian serta agensi-agensi terlibat sama dalam menjayakan BPP 2021.

 

Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Timbalan Setiausaha Tetap menyambut baik usaha JPES dalam menerapkan pendekatan digital melalui sistem e-Census, dengan kadar penyertaan isi rumah menggunakan e-Census adalah hampir 50 peratus.

 

Selain mengurangkan kos katanya lagi, kaedah berkenaan juga meningkatkan kualiti dan ketetapan masa pengesahan data, melalui semakan data secara automatik.

 

Menurutnya, penggunaan kaedah digital berkenaan juga membolehkan pihak JPES untuk mengeluarkan penemuan hasil BPP 2021 secara berperingkat, melalui pelbagai laporan perangkaan dan infografik.

 

Tambah Mohammad Harris, data dan maklumat yang diperoleh melalui BPP 2021, iaitu ciri-ciri demografi penduduk; isi rumah dan perumahan; ciri-ciri ekonomi penduduk, adalah menjadi asas membentuk dasar kerajaan dan perancangan strategik dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan, dan pembangunan infrastruktur.

 

Data berkenaan juga terangnya lagi akan membantu dalam pemantauan dan penilaian keberkesanan dasar-dasar dalam mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

 

Maklumat yang sama tambahnya, juga dapat digunakan sebagai perbandingan statistik di peringkat antarabangsa, sepertimana yang dilaksanakan bagi laporan United Nations Sustainable Development Goals (SDG).

 

Timbalan Setiausaha Tetap juga menekankan kejayaan BPP 2021 tidak akan tercapai tanpa adanya kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat, terutamanya Pegawai-pegawai Banci dan Pegawai-pegawai Fokal e-Census.

 

Di samping itu ujarnya, majlis juga turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, sokongan logistik dan peranan media dalam mendekati orang ramai bagi memastikan data dan maklumat yang dikumpulkan memenuhi kadar respons dan objektif banci yang disasarkan.

 

Beliau juga menekankan bahawa kerjasama dan kolaborasi harus juga diperkukuh antara agensi-agensi sumber data, bagi memastikan data dapat diselaraskan dengan lebih cepat dan efisien, ia akan membantu dalam menghasilkan data yang berkualiti dan relevan untuk pembangunan negara dan masyarakat.

 

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah, JPES merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan pegawai di pelbagai peringkat dan sokongan orang ramai dalam menyertai usaha berkenaan.

 

Beliau juga menekankan usaha kolektif dalam melaksanakan usaha projek besar berkenaan, yang mencerminkan kerjasama dan perpaduan dalam mempamerkan pendekatan seluruh negara dalam pelaksanaannya.

 

Pada majlis berkenaan, tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan Banci Penduduk dan Perumahan 2021, dan wakil bagi Pegawai-pegawai Banci dan Pegawai Fokal e-Census, dan seterusnya menyaksikan pameran.

 

BPP dijalankan sekali setiap 10 tahun, dengan tujuan untuk menghasilkan maklumat statistik demografi, sosial dan ekonomi yang tepat dan terkini untuk penduduk dan perumahan di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59