FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkembang Kemahiran Bahasa Isyarat


Foto: Hernie Suliana Haji Othman

 


 September 17th, 2023  |  08:58 AM  |   103 views

TUTONG

 

Pergerakan Belia Tutong IMPAK (IMPAK) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Pusat Bahagia Tutong, hari ini menganjurkan Program Kemahiran IMPAK selama sehari dengan mengetengahkan Asas Bahasa Isyarat sebagai salah satu kemahiran yang perlu dimiliki untuk membangun komuniti belia yang inklusif.

 

Program berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 24 peserta dari Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait dan Daerah Tutong, dengan tunjuk ajar seorang guru dan tujuh pelatih dari Pusat Bahagia Tutong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil penyertaan di majlis penutup, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga Ketua Kampung Sengkarai.

 

Terdahulu, Pengerusi Majlis, Awang Nur Mizan Syafie bin Nor Hashim dalam ucapan alu-aluannya berkongsi antara pengisian program berkenaan.

 

"Pengisian pembelajaran yang dikongsikan kepada peserta adalah bahasa-bahasa harian, huruf, nombor, cara berinteraksi dan cara menunjukkan perasaan dan sebagainya dengan menggunakan bahasa isyarat.

 

"Saya berharap peserta yang mengikuti bengkel ini akan dapat mengamalkan dan mempraktikkan ilmu yang disampaikan dan tidak segan untuk berinteraksi bersama orang-orang kelainan upaya, khususnya orang kurang pendengaran," katanya.

 

Program Kemahiran IMPAK ialah satu program rangkaian yang akan menumpukan kepada perkongsian dan pembelajaran kemahiran di antara ahli IMPAK dan kumpulan masyarakat tertentu.

 

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang digunakan oleh orang-orang berkeperluan khas pendengaran yang tidak menggunakan suara, tetapi hanya menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur.

 

Bengkel yang berlangsung di Pusat Belia Tutong berkenaan diadakan sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-18, Tahun 2023.

 

Turut hadir, Penolong Cawangan JBS Tutong, Awang Kamil bin Haji Lamat; Ketua Cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat Tutong, Awang Mohammad Ronnie bin Abdullah Labau; Ketua Kampung Penabai, Muhammad Sofiyuddin bin Mohd Serudin yang juga Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong; dan Pemangku Ketua Kampung Petani, Awang Zamri bin Haji Ibrahim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hernie Suliana Haji Othman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59