FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ICC Berjaya Kutip 713.4 Kilogram Sampah


Foto: Hernie Suliana Haji Othman

 


 September 17th, 2023  |  09:02 AM  |   93 views

TUTONG

 

Sebanyak 62 beg sampah seberat 713.4 kilogram berjaya dikumpulkan melalui Kempen Pembersihan Pesisiran Pantai Antarabangsa (International Coastal Cleanup - ICC) 2023 yang diadakan di Pantai Danau, Mukim Telisai, di sini.

 

Lebih 200 peserta terdiri daripada murid-murid Sekolah Rendah Danau; pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)  Kampus Agro-Teknologi; warga penduduk Kampung Danau, dan sukarelawan Brunei LNG Sendirian Berhad (Brunei LNG) serta Green Brunei (GB) menyertai ICC berkenaan yang diadakan setiap Sabtu ketiga pada bulan September.

 

Menyertai program berkenaan selaku tetamu kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga Ketua Kampung Sengkarai.

 

Terdahulu memulakan acara, Ketua Perhubungan Luar Brunei LNG, Malai Ayla Surya binti Malai Haji Abdullah dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan pembersihan pantai antarabangsa menggalakkan orang ramai membersihkan pantai daripada sampah yang membelenggu keindahan pantai mereka, dan berharap dapat mewujudkan kesedaran tentang memelihara serta melindungi lautan dan saluran air dunia.

 

Jenis sampah yang paling biasa ditemui di pantai katanya, ialah pembungkus makanan, puntung rokok, penyedut minuman plastik, penutup botol plastik dan botol minuman plastik.

 

"Seperti yang kita sedia maklum, plastik amat berbahaya kerana ia tidak boleh terbiodegradasi. Mari kita lakukan yang terbaik untuk mengutip seberapa banyak sampah pada tahun ini, dan mengekalkan kebersihan pantai supaya komuniti dan semua pengunjung terus dapat menikmati Pantai Danau," tambahnya.

 

Program seumpamanya merupakan anjuran kali ketiga oleh Brunei LNG pada tahun ini.

 

Ia dihadiri oleh pelbagai individu daripada semua peringkat umur, menunjukkan peningkatan kesedaran alam sekitar di Negara Brunei Darussalam.

 

Selain menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, ia juga membantu memupuk semangat kesukarelawanan dan gotong-royong dalam kalangan kakitangan Brunei LNG, warga penduduk Daerah Tutong dan juga orang ramai.

 

Mengetuai bagi pihak Brunei LNG ialah Ahli-ahli Pasukan Kepimpinan, Dayang Mizan Adiliah binti Haji Mohamad Deli; Melissa Zainal Abidin dan Awang Haji Amir Hamzah bin Pehin Dato Haji Abdul Rahman.

 

Turut hadir, Pengasas Bersama dan Pengarah Penglibatan Masyarakat GB, Khairunnisa binti Haji Ash'ari.

 

ICC disambut di seluruh dunia sejak dimulakan oleh Ocean Conservancy pada tahun 1986, dan sehingga kini melibatkan lebih daripada 17 juta sukarelawan dan mengumpul lebih daripada 350 juta paun sampah.

 

Sambutannya bertujuan untuk melibatkan orang ramai mengutip sampah dan serpihan dari pantai dan laluan air di seluruh dunia, mengenal pasti sumber dan mengubah corak tingkah laku yang menyumbang kepada pencemaran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hernie Suliana Haji Othman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59