Home > Bahasa Melayu
PPDB Semarakkan Maulud Dengan Dikir Syarafil Anam
September 17th, 2023 | 09:08 AM | 86 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah.
Hadir bagi sama-sama menyemarakkan majlis berkenaan selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin; Timbalan Penguasa Polis, Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI) PPDB; pengarah-pengarah jabatan; para pegawai kanan; para pegawai dan Anggota Pangkat Rendah PPDB.
Majlis didahului dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Dikir beramai-ramai dan diakhiri dengan Dikir Marhaban daripada Kumpulan Dikir PPDB dan jemaah Surau Polis Gadong.
Majlis Dikir Maulud berkenaan merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh BUI PPDB bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]