FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


10CYMM : Memperkasa Pembangunan Belia


 


 September 17th, 2023  |  09:15 AM  |   76 views

LONDON

 

Mesyuarat Menteri-Menteri Belia Komanwel Ke-10 (10CYMM) dan Mesyuarat Pemimpin Belia Komanwel, bertemakan 'Aiming Higher : Delivering More for Young People in the Commonwealth' berlangsung pada 11 hingga 15 September 2023 di London, United Kingdom.

 

Hadir ke mesyuarat berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, bersama Menteri-menteri Komanwel yang bertanggungjawab bagi pembangunan belia dan Perwakilan Peringkat Tinggi.

 

Turut hadir, Setiausaha Agung Komanwel, The Rt. Hon Patricia Scotland KC.

 

Mesyuarat 10CYMM dipengerusikan oleh Menteri Luar Kerajaan Pakistan, Tuan Yang Terutama Jalil Abbas Jilani.

 

Mesyuarat 10CYMM memberi peluang kepada para menteri dan pihak berkepentingan untuk menyemak agenda dasar dan keutamaan yang dipersetujui oleh ketua kerajaan semasa mesyuarat di Rwanda pada Jun 2022; untuk membincangkan isu pembangunan belia, cabaran dan peluang dengan mengambil kira kesan pandemik COVID-19 dan dasar belia di seluruh negara ahli Komanwel serta untuk bersetuju dengan rangka tindakan dan inisiatif yang diselaraskan bagi menetapkan semula agenda pembangunan belia dengan mengambil peluang tahun 2023 sebagai 'Commonwealth Year of Youth' .

 

Semasa mesyuarat berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi berkongsi pengalaman dan amalan Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuh serta memperkasa golongan belia dan memastikan suara belia turut diambil kira di peringkat kebangsaan.

 

Antara lain, Yang Berhormat menekankan bahawa penglibatan belia dilaksanakan secara berterusan melalui pelbagai platform seperti Kaji Selidik Belia Kebangsaan, Dialog Belia, Dialog Awam Belia dan Kongres Belia Kebangsaan yang membolehkan dan menggalakkan dialog di antara penggubal dasar dan belia mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal belia.

 

Penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan dan kerja kemasyarakatan tambah Yang Berhormat juga diberikan kepentingan yang sama dalam memupuk pertumbuhan peribadi dan membina komuniti yang lebih kukuh, lebih inklusif dan bertanggungjawab dari segi sosial, sebagai contoh semasa wabak COVID-19 yang melanda baru-baru ini, belia di Negara Brunei Darussalam (NBD) tampil ke hadapan dalam membantu dan memberikan sokongan kepada pihak Kerajaan NBD dalam menyelesaikan pelbagai cabaran semasa pandemik.

 

Semasa mesyuarat berkenaan, para Menteri Komanwel yang bertanggungjawab ke atas belia mengeluarkan Kenyataan Bersama bagi Mesyuarat Menteri Belia Komanwel Ke-10 dan bersetuju mengenai penubuhan 'Marlborough House Commitment' bagi pembangunan belia.

 

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menyertai negara anggota Komanwel yang lain dan wakil peringkat tertinggi, dalam menghadiri Program Ulang Tahun Ke-50 Belia Komanwel dan Majlis Anugerah Belia Komanwel di Istana St. James.

 

Turut berangkat ke majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Putera Edward, Duke of Edinburgh.

 

Mengiringi Yang Berhormat ialah Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Zainab binti Haji Morshidi; para pegawai KKBS NBD dan dua delegasi belia negara yang dilantik selaku Commonwealth Youth Council bagi NBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33