FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penandatanganan Perjanjian Penganugerahan Biasiswa YSHHB Tahun 2023/2024


Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 September 17th, 2023  |  09:22 AM  |   76 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) mengadakan Majlis Penandatanganan Perjanjian Penganugerahan Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi sesi pengajian tahun 2023/2024 bertempat di Dewan An-Naura, Tingkat 2, Kompleks YSHHB, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Majlis Penandatanganan Perjanjian bagi penerima anugerah biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB adalah kesinambungan daripada Majlis Penganugerahan Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB 2023/2024 yang berlangsung  di Istana Nurul Iman, hari ini.

 

Seramai empat penuntut berjaya menerima anugerah biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi sesi pengajian 2023/2024 bagi peringkat Sarjana Muda dan hadir bagi menandatangani perjanjian di majlis berkenaan.

 

Mereka ialah Dayang Alya' Nuha binti Haji Hayattuddin yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Lughah Arabiyyah di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir; Awang Ahmad Syahmi bin Haji Mohamad Rozaini yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir; Dayang Chloe Cheok Lu Yi yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Microbiology di Imperial College London, United Kingdom; dan Dayang Siti Ain Nursyuhaidah binti Mohammad Sahirin yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Data Science di University of Melbourne, Australia.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin yang juga alumni 'Sultan's Scholar' YSHHB.

 

Majlis diteruskan dengan menandatangani perjanjian penerimaan biasiswa bagi keempat-empat penerima biasiswa yang ditemani bersama dua orang penjamin yang terdiri daripada ibu bapa mereka atau ahli keluarga terdekat.

 

Manakala bagi pihak YSHHB pula, penandatanganan dilakukan oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB bersama dengan Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Abdullah @ Dollah bin Haji Ahad dengan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan khusus bagi para penerima biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB yang akan bertolak dari Negara Brunei Darussalam bagi meneruskan pengajian masing-masing.

 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Lembaga Pengarah YSHHB; Jawatankuasa Pandu Skim Biasiswa berkenaan; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama; Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB, para ibu bapa dan ahli keluarga penerima anugerah biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB; para pegawai kanan jabatan kerajaan yang berkenaan dan para pegawai YSHHB, dan sebahagian Pengetua-pengetua daripada institusi-institusi tingkatan enam di seluruh negara.

 

Dengan adanya biasiswa berkenaan, ia dihasrat akan dapat melahirkan pemimpin yang cemerlang, menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara serta menjadi generasi penerus yang akan membarisi tampuk kepimpinan bagi kepentingan ugama, raja dan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48