FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dikir Maulud Kini Bergema Di Seluruh Negara


Foto : Hamzah Mohidin

 


 September 17th, 2023  |  09:26 AM  |   169 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sudah menjadi kelaziman di negara ini mengimarahkan masjid, balai ibadat serta surau seluruh negara dengan pujian dan selawat ke atas junjungan besar kita apabila menjelangnya Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sepanjang 12 malam berturut-turut bermula dari 1 Rabiulawal setiap tahun.

 

Sehubungan dengan itu, bersempena memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tanggal pada 12 Rabiulawal kali ini, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Pembukaan Dikir berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Juga hadir, Penolong Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.

 

Turut hadir ialah Ketua Hakim Syarie, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Sejurus selesai Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II.

 

Diikuti dengan Dikir Assalamualaika serta Dikir Syarafil Anam dan setelah selesai Sembahyang Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban.

 

Kira-kira 250 orang hadir bagi sama-sama melaungkan pujian Dikir untuk meraih ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Doa Dikir dibacakan oleh Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh, sementara  Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Emran bin Haji Kunchang.

 

Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan wakaf oleh tetamu kehormat majlis kepada wakil Masjid Omar 'Ali Saifuddien, iaitu Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

 

Adapun majlis keagamaan berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi sama-sama menyemarakkan dan memeriahkan lagi sambutan hari kebesaran Islam di samping meraih syafaat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Rombongan Dikir JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan meneruskan Majlis Dikir Maulud ke Masjid Ar-Rahim di Kampung Bukit Panggal di Daerah Tutong pada 19 September ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10