FacebookInstagramTwitterContact

 

Every NSFW Confession Meghan Trainor Has Made About Her Marriage To Daryl Sabara           >>           Demi Lovato's Chic Hair Transformation Is Cool For The Summer           >>           Keep Your Heart Healthy By Eating More Arugula, Spinach, And Beets           >>           Study Shows How Bacteria Can Affect Your Mood           >>           Reddit is back online after a major outage forced everyone to touch grass           >>           Which Of The AFC U-23 Asian Cup's Final Four Are Favourites To Be Crowned Champions?           >>           Messi Keeps Scoring, Nets Brace In Miami Win Over New England           >>           Chelsea Draw At Aston Villa After Late Winner Denied By VAR           >>           Everton Overcome Brentford To Confirm Premier League Survival           >>           Barcelona Beat Emma Hayes' Chelsea To Reach UWCL Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dikir Maulud Bergema Seluruh Negara


Foto : Mohd Sahrizal Haji Said

 


 September 17th, 2023  |  09:31 AM  |   195 views

KIARONG

 

Menanamkan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta memohon ganjaran teristimewa dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah amalan mulia dalam pembentukan jati diri individu Muslim.

 

Bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun, semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara akan terus bergema dengan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut mulai malam ini.

 

Majlis tersebut merupakan salah satu syiar dan acara hari-hari kebesaran Islam yang disambut oleh umat Islam di negara ini.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis Pembukaan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut diadakan malam tadi di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong yang sekali gus menandakan bermulanya pembukaan Dikir Syarafil Anam di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh tetamu kehormat majlis.

 

Selepas itu diikuti dengan tazkirah bertajuk 'Rasulullah Sebagai Uswatun Hassanah' disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Muhammad Yussof bin Haji Majid.

 

Majlis diserikan lagi dengan Dikir Assalamualaika yang dibawakan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dan Pasukan Dikir Kampung Kiarong.

 

Ini diikuti Dikir Khairuman Udana Laila dibawakan oleh Pasukan Dikir Kampung Subok dan Pasukan Dikir Kampung Belimbing dan seterusnya Dikir Bishahrin Badar dibawakan oleh Pasukan Dikir Kampung Rimba dan Pasukan Dikir ZAIDANA.

 

Kemudian disusuli dengan Dikir Al-Hamd Sidiq dibawakan oleh Pasukan Dikir Kampung Bengkurong dan Pasukan Dikir Warga Emas dan kemudiannya, Dikir Badat Kopi dibawakan oleh Pasukan Dikir PERANGKAP (Kampung Burung Pingai).

 

Acara dikir diteruskan lagi dengan Dikir Asyaraqal dibawakan oleh Pedikir Jabatan Pengajian Islam, KHEU.

 

Doa Dikir dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdullah.

 

Sementara Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

 

Majlis juga adalah sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEU dengan jemaah masjid dan penduduk kampung.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48