FacebookInstagramTwitterContact

 

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion           >>           Liverpool Title Hopes Dented Again In West Ham Draw           >>           Real Madrid Move Closer To Title With Win At Real Sociedad           >>           QPR Thrash Leeds To Seal Leicester's Promotion           >>           Premier League CEO: Games In U.S. Not In Our 'Current Plans'           >>           Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern           >>           Hungary Opens Up To Chinese Tech Despite Protests           >>           South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Kesedaran Keselamatan Di Jalan Raya


Foto: Pg. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad

 


 September 18th, 2023  |  07:27 AM  |   78 views

GADONG

 

Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) dan Sekolah Memandu Redza menganjurkan 'Program Basic Marshal ' bertempat di sekolah memandu berkenaan.

 

Program bertujuan untuk melahirkan para penunggang motosikal yang berpengetahuan dan berkemahiran serta patuh kepada peraturan-peraturan lalu lintas di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Program yang diadakan selama sehari berkenaan dimuatkan dengan beberapa tajuk, iaitu Peraturan-peraturan Lalu Lintas Di NBD; Tatacara Asas dan Keselamatan Menunggang Motosikal; Tatacara Asas Menunggang Motosikal Secara Solo; Tatacara Asas Menunggang Secara Berkumpulan; Asas Pertolongan Kecemasan dan Program Validasi.

 

Program kali ini disertai seramai 23 ahli PEMODA dan program diakhiri dengan majlis penyampaian lencana kepada para peserta oleh Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad.

 

Selain itu, program berkenaan adalah bagi memupuk kesedaran para penunggang motosikal dan menyahut seruan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya NBD yang sentiasa menekankan langkah-langkah keselamatan ketika berada di jalan raya.

 

Diharap dengan adanya program berkenaan, dapat menjadikan semua penunggang motosikal di negara ini bagi sama-sama menimba ilmu dan pengetahuan dalam membentuk penunggang motosikal yang berkualiti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48