Home > Bahasa Melayu
Penyampaian Hadiah Perlawanan Badminton
September 18th, 2023 | 07:30 AM | 61 views
TEMBURONG
Majlis Penyampaian Hadiah bagi Perlawanan Badminton bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 telah diadakan di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Mukim Bangar Temburong, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.
Pada acara tersebut, tetamu kehormat juga berkesempatan menyaksikan dua perlawanan akhir beregu veteran dan beregu lelaki bebas.
Sebanyak sembilan kategori telah dipertandingkan dan saringan pertandingan telah pun bermula seawal bulan Ogos yang lalu.
Perlawanan ini merupakan antara acara bagi menyemarakkan lagi perayaan ulang tahun keputeraan pada tahun ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]