FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bina Kemahiran Menulis Kanak-Kanak, Remaja


Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 September 18th, 2023  |  07:36 AM  |   68 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Untuk meningkatkan kemahiran generasi muda khususnya kanak-kanak dan remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah mengambil inisiatif menubuhkan Akademi Penulis DBP, iaitu kelas bimbingan khusus dalam bidang penulisan kreatif dan bukan kreatif di bawah pemantauan 'mentor'.

 

Penubuhan Akademi Penulis DBP berkenaan adalah atas saranan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof sewaktu Majlis Sambutan 50 Tahun Penerbitan Majalah Mekar (1967 - 2017) dan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah Mekar.Juara Pelajar DBP 2017, pada 25 November 2017, bertempat di Balai Sarmayuda, DBP, Lapangan Terbang Lama Berakas.

 

Sehubungan dengan itu, kelas bimbingan Akademi Penulis DBP berkenaan diadakan buat kali pertama pada hari ini bertempat di Dewan Pateh Berbai, DBP, Berakas di bawah bimbingan Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Awang Mohammed Zefri Ariff bin Mohamed Zain Ariff.

 

Pelaksanaan Akademi Penulis DBP dicadangkan untuk diadakan empat kali sebulan, iaitu setiap Ahad selama empat semester.

 

Semester satu akan dijalankan selama 10 minggu, iaitu di antara bulan September hingga November sebagai projek rintis dan kemudian akan diteruskan ke sesi selanjutnya.

 

Kelas dibukakan untuk kanak-kanak dan remaja berumur di antara lapan tahun sehingga 17 tahun.

 

Pada majlis pelancarannya pagi tadi, dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, Awang Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin antara lain menekankan bahawa penubuhan Akademi Penulis DBP adalah untuk membina kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak dan remaja melalui mekanisme pengajaran secara berpandu serta mengetengahkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

 

Tambahnya, kanak-kanak dan remaja akan diberikan pendedahan aspek-aspek penulisan seperti struktur penulisan dan penggunaan bahasa yang progresif.

 

Sementara itu, objektif utamanya ialah untuk melahirkan penulis kanak-kanak remaja yang berkualiti dalam tempoh satu tahun selain menghasilkan beberapa buah penulisan kreatif dan bukan kreatif dalam satu semester.

 

Selain itu, ia juga dapat membukukan hasil tulisan kanak-kanak dan remaja dalam jangka masa tiga tahun dan seterusnya melahirkan penyumbang tetap menulis artikel untuk majalah terbitan DBP.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48