FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar Perlu Bijak Seimbangkan Pembelajaran, Aktiviti Riadah


Foto: Marlinawaty Hussin

 


 September 18th, 2023  |  07:42 AM  |   82 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang tidak lama lagi dan pelajar yang berhasrat untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan pasti telah membuat persiapan dengan mengulang kaji pelajaran lebih awal terutama bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini.

 

Memang tidak dinafikan bahawa kejayaan dalam bidang akademik adalah penting, bukan sahaja bagi masa hadapan pelajar sendiri, tetapi juga sebagai pemangkin kemajuan sesebuah negara.

 

Namun begitu, pelajar tidak seharusnya memberikan tumpuan kepada pencapaian dari segi akademik semata-mata, malahan kehidupan mereka perlu juga diimbangi dengan aktiviti santai atau riadah bagi memastikan kesejahteraan mental dan fizikal pelajar lebih terjamin.

 

Seiring dengan perkembangan zaman, kehidupan pelajar pada masa kini tidak hanya diisi dengan pembelajaran sahaja malahan juga dilengkapi dengan program dan kemahiran sebagai persediaan mereka untuk menghadapi arus globalisasi.

 

Oleh itu, pelajar perlu bijak mengatur masa dengan membuat perancangan dalam jadual harian bagi menyeimbangkan pembelajaran dan aktiviti riadah.

 

Dengan mengamalkan budaya beriadah dan pengurusan masa yang berkesan sejak dari awal lagi, pelajar akan dapat menerapkan tabiat sihat berkenaan dalam aspek kehidupan mereka sehingga melangkah ke alam pekerjaan nanti.

 

Menjalankan aktiviti riadah tidak semestinya memerlukan belanja yang mahal. Pelbagai kegiatan riadah yang mudah dapat dilakukan setiap hari antaranya melakukan senaman ringkas di rumah, berjalan kaki di taman rekreasi, berenang, mendaki bukit, mendengar muzik yang digemari dan meningkatkan daya kreativiti dengan menghasilkan kraf.

 

Menjalankan aktiviti riadah beri banyak manfaat kepada pelajar termasuk membantu mengawal tekanan dan meningkatkan kecergasan yang boleh membantu pelajar lebih fokus dan produktif terutama semasa mengulang kaji pelajaran.

 

Selain itu, beriadah yang melibatkan aktiviti fizikal dan dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan juga merupakan salah satu cara untuk meluangkan masa bersama bagi membina hubungan yang lebih sihat sekali gus membantu menjaga kesihatan pelajar.

 

Budaya beriadah perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat demi meningkatkan kualiti kehidupan melalui gaya hidup yang sihat dan seimbang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48