Home > Bahasa Melayu
UNISSA Anjur Pembukaan Dikir Maulidur Rasul
September 18th, 2023 | 07:49 AM | 84 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Unit Keugamaan dan Takmir Surau) mengadakan Majlis Pembukaan Berdikir 12 Malam bagi memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada Sabtu, 30 Safar 1445 Hijrah bersamaan 16 September 2023 Masihi, selepas Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, bertempat di Surau Al-Syafi'i, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan, Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Awang Muhammad Dzulkhairi bin Haji Ibrahim, pelajar tahun 2 dari Fakulti Usuluddin.
Diikuti dengan laungan dikir beramai-ramai dimulakan dengan Dikir Assalamualaika dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Majlis berkenaan merupakan salah satu acara kebesaran Islam di samping mengharapkan syafaat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah para pegawai utama, tenaga akademik, para pegawai dan kakitangan serta mahasiswa UNISSA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]